Menginjak usia 45 tahun, vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi Razali mengakui masih belum pandai mengaji Al-Quran. Menurut Radhi, dia kini masih lagi dalam proses pembelajaran dan meminta para peminat mendoakan agar proses pengajiannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Sejujurnya, saya belum pandai membaca al-Quran dan masih belajar. “Semoga Allah memberikan peluang untuk saya pandai membaca Al-Quran, doakan saya ya, insya-Allah,” katanya. Radhi membuat pengakuan tersebut di hadapan hampir 4,000 peminat setia OAG sempena penganjuran konsert ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan itu yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad.
Radhi juga tidak putus-putus mengajak penonton sama-sama berselawat di sepanjang konsert itu berlangsung. Malah singkatan OAG juga turut diterjemahkan Radhi sebagai Only Allah Greatest (Hanya Allah Maha Besar). Dalam konsert tersebut, sebanyak 20 buah lagu hit OAG dipersembahkan seperti Slumber, 60’s TV, The Name Of The Game, Akustatik, Venusia serta lagu penghargaan buat band Oasis, Don’t Look Back In Anger. – CARI Sumber: Boom!
|
ADVERTISEMENT