Seorang gadis bernama Bella Deasy yang berkongsi pengalaman bertemu dengan ibu bapa kekasihnya buat pertama kali. "Dulu saya ada pakwe perantau. Dia ajak saya pergi ke rumah mak ayah dia dekat kampung," katanya.
Menurut Bella, dia tidak menyangka dengan apa yang terjadi di rumah lelaki berkenaan, yang hanya menyediakan sedikit hidangan. Mengimbas semula kejadian itu, dia turut meluahkan tentang dirinya ditenung tajam oleh ibu kekasihnya. Selain diperhatikan seolah-olah dirinya tidak tahu membuat kerja-kerja dapur, Bella turut diminta memanaskan semula makanan. Sebagai tetamu pada hari berkenaan, Bella berharap ibu kekasihnya cuba melarangnya daripada mencuci kesemua pinggan yang kotor.
Lebih mengejutkan, arahan si ibu termasuklah mencuci pinggan-pinggan yang digunakan orang lain. "Saya tunggu 'ayat (arahan) larangan' Tak payah basuh letak situ saja," katanya dengan nada kesal. Sudah membayangkan layanan yang bakal diterima sekiranya bergelar menantu, Bella memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan kekasihnya. Dia kemudian menitipkan pesanan buat semua wanita mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak mengalami nasib yang serupa. Sementara itu, keputusan Bella dilihat mendapat 'lampu hijau' dalam kalangan netizen, yang turut menyuarakan simpati terhadapnya. Malah selepas perkongsian cerita Bella, ramai yang bersyukur apabila mereka dikurniakan keluarga mentua yang baik. "Ingat kita datang rumah jadi bibik. Memilih mentua pun penting sangat. Percayalah. "Bagus dan bijak. Penting kenal keluarga sebelum kahwin. Supaya tidak menyesal di kemudian hari. "Rasanya point dia bukan sebab tak nak basuh pinggan tapi sebab dia nampak bakal mentua macam tak berapa suka dia. Itu yang dia tak nak teruskan," komen beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
ResellerMaxis replied at 28-12-2022 11:23 AM
That means your bf mother is comfortable with you and can get together.
Travelo replied at 28-12-2022 11:49 AM
ibu bf nak buat eksperimen sebelum pilih buat menantu la..
krustykrab replied at 28-12-2022 11:43 AM
Nanti bawak bf ke rumah ko pulak..suruh bapak ko buli
salimrock replied at 28-12-2022 12:13 PM
ha ha dulu ada sedara aku nak kawin askar, orang tua suruh dia buat lemang ( gila ko lemang makan ...
krustykrab replied at 28-12-2022 12:59 PM
Kalau lelaki mmg anggap hal kecik sb tak de mertua yg nk anak pompuan jd janda..so, mertua takkn s ...
ADVERTISEMENT