CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Datang Audition Malam, Pengarah Terkenal Tutup Pintu Minta Digoda,"-Julia Farhana Trauma Terkena Gangguan Seksual

28-12-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5489| Komen: 52

Julia Farhana Marin, 28, mendedahkan dia pernah mengalami gangguan seksual di awal kerjayanya pada 2018.

Menurut aktres Ku Kirim Cinta itu, kejadian ngeri terbabit berlaku ketika dia sedang menghadiri sesi uji bakat di salah sebuah pejabat milik pengarah terkenal.


Foto: IG

“Ketika itu, saya sampai di pejabat sekitar jam 8 malam dan keadaan pada waktu itu sunyi dan sepi. Saya ingat mungkin pada ketika itu, saya dah lambat dan orang lain pun dah balik.

“Masa saya masuk ke dalam bilik, saya toleh ke belakang dan lihat pengarah itu tutup dan terus kunci pintu,” ujarnya.

Julia mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson, 27.



“Sepanjang sesi uji bakat itu, saya diarahkan untuk berlakon watak sebagai seorang penggoda. Jadi, saya bermonolog watak tersebut.

“Tetapi, pengarah itu, secara spesifik meminta saya untuk menggodanya. Walapun gangguan seksual yang berlaku pada waktu itu cuma secara lisan, namun saya tetap berasa takut,” jelasnya.

Isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu bertekad untuk tidak pergi ke sesi uji bakat kerana trauma dengan insiden yang menimpanya empat tahun lalu.



“Bukan itu sahaja, ada juga kaum wanita dalam industri ini yang menawarkan saya untuk membuat ‘side jobs’ dan ini adalah realiti industri hiburan yang orang tidak tahu.

“Apabila saya berkongsi pengalaman terkena gangguan seksual, segelintir orang akan menyalahkan saya kerana pergi ke uji bakat tersebut pada waktu malam.



“Saya ingat industri ini selamat, dan saya ingat saya boleh percaya lelaki yang sudah mempunyai anak, yang mungkin juga ada anak perempuan. Jadi, kenapa mereka perlu lakukan perkara sebegitu kepada kaum wanita?” katanya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 28-12-2022 03:59 PM
Bersyukurlah dik ko dah kawin skang ni.
Quote marchikobonzo 28-12-2022 04:00 PM
Kena pandai jaga diri la, takda sapa kita leh percaya, kecuali diri sendiri
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:01 PM
Aku tengok interview dia sampai habis. Cara dia berkata-kata from A-Z, boleh nampak dia seorang yang berpelajaran tinggi. Intelektual.  
Quote aammyy 28-12-2022 04:06 PM
Sorry nak OT jap. Studio Sembang punya guess memang semua lot of mix je eh? Yg melayu jawa takde ke? Hehe tiber bitter
Quote Hoshhi 28-12-2022 04:15 PM
Edited by Hoshhi at 28-12-2022 04:18 PM

Siapa pengarah tu?
Hints: ada anak prmpuan, pengarah terkenal
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:18 PM
aammyy replied at 28-12-2022 04:06 PM
Sorry nak OT jap. Studio Sembang punya guess memang semua lot of mix je eh? Yg melayu jawa takde ke? ...

Rose ada je this week. Actually kalau kau perasan Amelia ini ambil yang banyak artis2 controversi. Awal2 ini biasala nak naik kan channel kot, mesti kena ambil yang ada fresh controversi
Quote Nham22 28-12-2022 04:20 PM
Itula realitinye industri seni malaysia... Mmg gitulaaa... Politik....side jobs..sailang sane sini... Mcm2x
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:29 PM
Nham22 replied at 28-12-2022 04:20 PM
Itula realitinye industri seni malaysia... Mmg gitulaaa... Politik....side jobs..sailang sane sini.. ...

Yg dia mentioned kata dlm industri ada org offer side job.. apa dia maksud kn?
Quote _blackbird 28-12-2022 04:33 PM
jambatannetizen replied at 28-12-2022 08:29 AM
Yg dia mentioned kata dlm industri ada org offer side job.. apa dia maksud kn?

high class prostitution la nok.... takkan la jual tupperware mcm cikgu2 lak
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:38 PM
_blackbird replied at 28-12-2022 04:33 PM
high class prostitution la nok.... takkan la jual tupperware mcm cikgu2 lak

ye loorr aku fhmm.. tapi selalu dia bagi dkt lelaki mane nokks? politik eh? ke bisnesman?
Quote teen_angelJB 28-12-2022 04:40 PM
Hagak annoying dgr suara dia..haha.
Pronounce dia mcm ....ntah la..susah nk adapt
Quote akuHavocczz 28-12-2022 04:42 PM
aammyy replied at 28-12-2022 04:06 PM
Sorry nak OT jap. Studio Sembang punya guess memang semua lot of mix je eh? Yg melayu jawa takde ke? ...

Amelia panggil kawan kawan dia je kot sebab tu lots of mix
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:43 PM
akuHavocczz replied at 28-12-2022 04:42 PM
Amelia panggil kawan kawan dia je kot sebab tu lots of mix

Bukan. Dis week seripah rose dtg. Ada jgak saddiq. Tapi taktau keluar bile
Quote jambatannetizen 28-12-2022 04:48 PM
Sape pengarah yiteww? Aziz m.. afdl.. yusr kr… ?? Semua ada anak perempuan.
Quote _blackbird 28-12-2022 04:58 PM
jambatannetizen replied at 28-12-2022 08:38 AM
ye loorr aku fhmm.. tapi selalu dia bagi dkt lelaki mane nokks? politik eh? ke bisnesman?  ...

could be royalty, aristocracy, nobility, vvip, businessman datok megah holding, politician, old money, new money, salary man pon boleh asal sesiapa sanggup bayar mahar nya boleh je onnnnzzzzz... price range dia ikut spec, kualiti & populariti la. biasa level influenza & marhen yg muka body cun level retis boleh la dpt 15 - 30k per job. retis ni biasa lagi mahal lah. boleh juga jejak ratus ribu smalam. boleh bidding juga kalau mahu hehehehe
Quote doubleA 28-12-2022 04:58 PM
Mana nak suci sgt industri ni, baik penyanyi, pelakon dsb. Mana2 entertainment industry ada sisi busuk, take advantage konon win-win la, u give this, u got this. Sebab tu kdg2 tengok pelakon tak lawa mana pun mekap tebal pun tak lawa pun dpt job sampingan
Quote brunesss 28-12-2022 04:59 PM
siapa eh pengarah tu, adakah SOL. track record memang dah miang kan
Quote tulip-rain 28-12-2022 05:05 PM
jambatannetizen replied at 28-12-2022 04:48 PM
Sape pengarah yiteww? Aziz m.. afdl.. yusr kr… ?? Semua ada anak perempuan.

Uols tekalah. Uols kan hebat men
Quote jambatannetizen 28-12-2022 07:13 PM
tulip-rain replied at 28-12-2022 05:05 PM
Uols tekalah. Uols kan hebat men

Mcm azi..? kalau sol hamepdu haihh track record dh gitu. kalau yusr… padan le lisa.. berobah 90 darjah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.127368 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top