CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asfan Shah Tak Pernah Paksa, Isteri Rela Hati Berniqab "Dulu Pramugari, Barang Lama Semua Tak Nak Pakai"

28-12-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3022| Komen: 22

Kira-kira setahun bergiat aktif mendalami ilmu agama, penyanyi dan komposer, Asfan Shah mendedahkan penyebab isterinya, Ain Sakinah mula mengenakan niqab.

Menurut Asfan, dia tidak pernah memaksa isterinya untuk mengubah penampilan seperti itu, sebaliknya dibuat atas kerelaan sendiri.

Foto: IG

“Itu antara perkara ajaib yang Allah bagi kepada saya. Sebabnya, saya tidak pernah paksa isteri berniqab. Dia sendiri minta izin untuk tutup aurat betul-betul (niqab),” jelasnya.

Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 37, memberitahu, sekembalinya dia ke rumah daripada mengikuti kuliah agama di Johor, Ain terus meluahkan hasrat tersebut.



“Isteri juga menyatakan, dia sudah tidak mahu memakai pakaian lama lagi,” kata Asfan sambil menerangkan Ain mula memakai tudung selepas berhenti kerja sebagai pramugari.

Terdahulu, Asfan, 37, menjinakkan dirinya menyertai kumpulan tabligh selepas terkesan menonton video penghijrahan pelawak, Nabil Ahmad.



Selain menganggap perubahan drastik isterinya sebagai satu pencapaian, Asfan juga rasa amat bersyukur kerana memperoleh banyak hikmah lain termasuklah perubahan sikapnya menjadi seorang lelaki penyabar dan penyayang.




Penyanyi lagu hit Alasan Untuk Bahagia itu juga berkata, dia bakal menyertai acara ijtima selama beberapa hari di Bangladesh pada Januari tahun hadapan. – CARI

Sumber: Boom!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-12-2022 11:17 AM
Ya Allah, sapo pulak si jantan ni cuolls.. sumpah meolls tak tau noks
Quote sweetyroses 28-12-2022 11:25 AM
Nak berubah ke arah kebaikan sangat digalakkan. Tapi tolong jaga penampilan leklok jangan bagi nampak busuk boleh tak. Ni asal nak jadi alim je kena kepam.

Aku pun tak kenal dy ni sape
Quote Kurex 28-12-2022 11:29 AM
Siapa pulak dia ni
Quote nazriatie 28-12-2022 11:50 AM
Heols ni penyanyi..lagu best2 tp lagu n heols x femes..heols ni abg ipar kpd Ben Ali ke apo yg pelakon sendu tu..dulu pernah Ben Ali tu pukul heols sbb asfan ni pukul kakak Ben aka bini asfan ni
Quote Diamondmoney 28-12-2022 12:05 PM
Asfan ni bdk tmn peringgit jaya yg poyo.
Koserrr
Quote zeetot 28-12-2022 12:09 PM
Penyanyi ost nora elena
Quote serex 28-12-2022 12:33 PM
Dia yg nyanyi lagu #peristiwa sofaz rj dan asfan..
Quote Aneem 28-12-2022 01:32 PM
Diamondmoney replied at 28-12-2022 12:05 PM
Asfan ni bdk tmn peringgit jaya yg poyo.
Koserrr

Kita berjiran ke dulu?
Takleh aku ingat bapak dia perambat dia satu lorong melati 5 tu sbb nakal nauzubillah
Quote codenamedream 28-12-2022 01:45 PM
"Dia sendiri minta izin untuk tutup aurat betul-betul (niqab)"

Abis kalau tak pakai niqab tak betul ke?
Tanya acik sambil flip tudung bidang 60
Quote KBW2 28-12-2022 01:48 PM
Baru setahun belajar agama terus terpaling set-set ni.
Quote Suchi 28-12-2022 02:00 PM
codenamedream replied at 28-12-2022 01:45 PM
"Dia sendiri minta izin untuk tutup aurat betul-betul (niqab)"

Abis kalau tak pakai niqab tak betul ...

Gitulah pemahaman org yg belajar agama sekerat2

Sejak bila tah niqob tu kira tutup aurat sempurna.
Malah katanya kita kena hormat dan muliakan pompuan yg berniqob.

Kalau dah berniqob tu maksudnya nak sorok terus drpd pandangan ajnabi kan dah tu napa masih ramai yg bergambo ngn dan share kt socmed?
Pi la duk nyorok belakang umah ke apa jgn tonjolkan diri, jgn nak ada socmed apa pun.
Semak je memasing konon berbungkus tapi nak juga menyerlahkan diri kat socmed jd ponder produkla, meniaga itu ini la wat bideo tiktok bagai.
Quote Diamondmoney 28-12-2022 02:24 PM
Aneem replied at 28-12-2022 01:32 PM
Kita berjiran ke dulu?
Takleh aku ingat bapak dia perambat dia satu lorong melati 5 tu sbb nakal n ...

Hahahaha.. kemain sedara mara dia bangga dgn retis sendooo ni
Quote hanihan16 28-12-2022 02:50 PM
i takde masalah langsung dgn org pakai jubah besar & niqab ni sebab circle i memang ramai yg begitu cumanya diorg berniqab pun takdelah pakai jubah meleret2 sapu sampah lantai tanah batu bagai. sebab ramai i tgk kat sosmed retis & setara pakai jubah labuh betul kain lebih bawah tu. mcm mana diorang berjalan without stumbling on the clothes? lagi satu cepat kotor kot kalau terseret2 kain tu kat jalan kena lopak air ke, minyak ke
Quote heythere123 28-12-2022 02:52 PM
dia yg nyanyi Fatamorgana Cinta & Sumpah Cintamu. Iols suka lagu2 dia sebab puitis sangat
Quote Prickford 28-12-2022 03:04 PM
Paham nak menutup aurat sepenuh nya. Tapi pakaian isteri tu jgn la melebih2 kain nya sampai sapu jalan raya. Iolls perasa, pompuan2 yg dah start berjubah & berniqab, penggunaan kain tu terlalu banyak, berlilit2, berbidang2 besar, sampai ada yg meleret2 atas jalan. Dah sukar nak beribadah sebab kena tukar pakaian yg tak bersih.
Quote Aneem 28-12-2022 03:27 PM
Baru perasan posting yg ayah heol dah sakit.
Hebat weh dulu2 berhembus sapkok.
Rokok mmg tak putus kat tgn.
Gws acik din.
Quote dewi_rina 28-12-2022 03:39 PM
Ikut tabligh terus nak jadi kepam eh
Quote Lavender_Violet 28-12-2022 04:05 PM
nazriatie replied at 28-12-2022 11:50 AM
Heols ni penyanyi..lagu best2 tp lagu n heols x femes..heols ni abg ipar kpd Ben Ali ke apo yg pelak ...

Aku ingat kisah tu sbb masa tu aku tengah minat heols nih
Kes pukul memukul sbb heshe ni curang
Ingatkan nak bercerai dah masa tu
Alhamdulillah....panjang lagi jodoh mereka berdua
Quote akuHavocczz 28-12-2022 04:14 PM
Iols follow heols masa baru baru berhijrah, jenis menunggang jugak ni menjual ubat kurus dia tu. suruh orang beli ubat kurus dia tu so boleh kusyuk beribadat sebab badan kurus

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.173965 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top