CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Duduk Jerantut Merayu Bantuan, Tak Mampu Nak Bayar Tambang Untuk Hantar Anak Sakit Saraf Ke Hospital

28-12-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1494| Komen: 11

JERANTUT: Seorang wanita di Felda Kota Gelanggi Dua, Nurul Wahida Kamarudin, 38, merayu orang ramai membantu kewangan untuk tambang kenderaan dan pembiayaan bagi rawatan anaknya yang mengalami penyakit saraf di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Wahida berkata, anaknya, Nurul Syafinaz Mohd. Nazrul, 14, yang menghidap penyakit saraf sejak setahun lalu mengalami bengkak bermula di jari telunjuk di tangan kiri seterusnya kesakitan berterusan di tangan kiri dan anggota belakang.

“Saya perlu membawa Nurul Syafinaz mendapatkan rawatan di HTAA di Kuantan keadaan sakitnya bertambah serius apabila tidak boleh menggerakkan jari telunjuk serta mengangkat tangan dan lengan kiri.

“Jika tidak mendapatkan rawatan segera kemungkinan anak ketiga saya ini akan menderita sakit dan langsung tidak boleh mengangkat beg sekolah yang mula bersekolah minggu depan malah terganggu ketika berbaring waktu tidur,” katanya di sini semalam.


Foto: utusan Online

Nurul Wahida berkata, mana mampu dia dan suami, Mohd. Nazrul Mat Zain, 42, yang cuma membuat kerja sebagai buruh mengambil upah di ladang sawit menyediakan wang untuk tambang atau sewa kenderaan termasuk menginap serta belanja makan minum semasa menemani rawatan anaknya di HTAA.

Orang ramai, yang ingin beramal jariah dan membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Nurul Wahida menerusi talian 0137154171 atau terus ke akaun Maybank (Nurul Wahida) bernombor 156141469872.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 28-12-2022 10:25 AM
Moga cepat sembuh adik nurul dan dipermudahkan segalanya.
Quote Lily_Elizabeth_ 28-12-2022 10:59 AM
Lawa lawa anak dia.
Mak dia pun lawa.

Semoga dipermudahkan urusan.
Quote supernaturalee 28-12-2022 11:02 AM
seperti biasa
mesti tok laki xde dlm picture


Quote krustykrab 28-12-2022 11:08 AM
Mintak zakat atau jkm la kak.
Quote KamikuP 28-12-2022 11:46 AM
Moga dipermudahkan segalanya buat keluarga ini. AAmin
Quote eyansss 28-12-2022 03:39 PM
supernaturalee: seperti biasamesti tok laki xde dlm picture


kan…  pandai pulak rasa malu…
Quote Cokoro 28-12-2022 03:43 PM
Biasa kt hosp ada rumah ronald mcdonald tu utk tumpng tido etc. Tak tahulah kt htaa ada ke tak.
Quote sufi^_^ 28-12-2022 03:51 PM
Cokoro replied at 28-12-2022 07:43 AM
Biasa kt hosp ada rumah ronald mcdonald tu utk tumpng tido etc. Tak tahulah kt htaa ada ke tak.

Sefaham aku tak ada, cuma ada bangunan kayu kecik dibuat surau untuk pelawat, tu pun jauh dari wad/klinik, dekat dengan emergency tu.

Mak dia boleh jaga dalam wad kalau warded.


Quote sufi^_^ 28-12-2022 03:52 PM
Kalau tak warded, memang kena menginap la kat kuantan. Jauh kot nak pegi HTAA balik hari.
Quote Skuau 28-12-2022 04:05 PM
eyansss replied at 28-12-2022 03:39 PM
kan…  pandai pulak rasa malu…

kenapa nk malu...dia kan ada kerja tu..cuma gaji x setara pak munteri jer().
Quote rosedemon 29-12-2022 09:54 AM
jerantut pon ssh nk g spital. alahaii kemon gomen do something

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053217 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top