Kuala Lumpur: Kumpulan rock popular Indonesia, Ungu teruja apabila konsert mereka Ungu "26th Anniversary" Concert Live in Malaysia 2022 yang berlangsung malam tadi turut ditonton tetamu Diraja, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tunku Azizah mencemar duli apabila hadir menonton bersama beberapa puteri baginda. "Ditonton oleh Permaisuri...wah sesuatu yang tidak disangka. Ungu sangat bersyukur. "Tidak sombong Ungu ini. Yang penting (kehadiran) Permaisuri Agong bukan main-main betul tak," kata vokalisnya Pasha disambut dengan tepukan gemuruh lebih 3,000 penonton yang hadir. Tidak ketinggalan hadir ialah legenda rock negara Datuk Amy Search. Beliau turut menjadi mangsa usikan Pasha yang spontan menyanyikan lagu Isabella dan turut sama dinyanyikan Amy dan penonton di bawah pentas.
Ungu yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (pemain gitar), Oncy (pemain gitar), Makki (bass) dan Rowman (drum) melahirkan perasaan gembira dapat kembali semula mengadakan persembahan di Malaysia. Konsert anjuran Star Planet berlangsung selama dua malam termasuk malam ini di Star Convention Center, Menara PGRM, Kuala Lumpur. Menerusi persembahan pertama selama dua jam malam tadi, Ungu menyanyikan 20 lagu termasuk lagu-lagu popular mereka seperti Kekasih Gelap, Tercipta Untukku dan Demi Waktu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
stingerbumpy: Tahun ini macam belum dengar masak masak utk mangsa banjir....Atau aku ketinggalan ketapi?
KamikuP replied at 28-12-2022 03:14 PM
Pahang belom banjir lagu noks.. tunggu la banjir kat Kelantan dan Tganu surut pegi ke Pahang haa t ...
mejaputih replied at 29-12-2022 06:34 AM
Trg ngan kelate x nmpk lak kelibat kerabat melawat mangsa banjir? ke ada tapi iols ketinggalan?
KamikuP replied at 29-12-2022 02:57 PM
Khuenzz... mana pegi Abegong?
ADVERTISEMENT