CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Malaysia Suka Sangat Kongsi Kejadian Tragis Dalam Sosial Media, "Berlumba Kongsi Gambar Mayat, Mangsa Kemalangan"

28-12-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1937| Komen: 21

Pada masa ini, semua orang begitu ghairah untuk menjadi yang pertama berkongsi sesuatu berita, gambar atau video tentang isu yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.


Mereka akan berasa bangga jika dapat berbuat demikian seolah-olah memenangi acara larian 100 meter tanpa mempedulikan kesan yang terpaksa ditanggung pihak lain kesan daripada perbuatan tersebut.

Jika sesuatu perkara atau isu itu baik dan memberi manfaat kepada banyak orang, silakan kongsi sebanyak manapun kerana ia akan memberikan faedah kepada masyarakat.

Apa yang menjadi masalah adalah, jika membabitkan perasaan orang lain, terutama ahli keluarga mangsa kalau melibatkan kematian tragis.


Foto: Kosmo


Contoh terbaharu adalah berkaitan kematian tiga beradik yang terkena renjatan elektrik sewaktu musim banjir di salah satu lokasi di Kelantan baru-baru ini.

Ramai terkejut apabila satu video yang dikongsi berlegar-legar di laman sosial memaparkan dengan jelas keadaan ketiga-tiga mangsa terbaring kaku tidak bernyawa di dalam air di hadapan rumah mereka selepas kejadian.

Banyak pihak marah dengan tindakan pengguna yang berkongsi video berkenaan kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa yang sedang bersedih atas kehilangan orang tersayang.

Dalam hal ini, mereka perlu bertindak dengan fikiran waras tidak berkongsi video itu sesuka hati yang boleh mengguris perasaan keluarga mangsa.

Apa perasaan mereka, jika perkara sedemikian berlaku melibatkan ahli keluarga atau sanak-saudara sendiri dan orang lain pula melakukan perkara sama dengan menyebarkan gambar atau video hingga menjadi tular ke seluruh alam.

Dalam hal ini, kita perlu meletakkan diri di tempat keluarga mangsa yang tidak suka melihat gambar atau video sesuatu kejadian tragis tersebar kerana seolah-olah mencurah garam ke tempat luka.

Selain itu, sering juga disebarkan oleh ramai orang adalah gambar-gambar mangsa yang maut dalam keadaan mengerikan selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Ini semua mengundang kemarahan dan kesedihan melampau di pihak keluarga mangsa terlibat.

Jangan disebabkan mencari banyak Like daripada pengguna laman sosial, kita mendapat dosa ‘percuma’ tanpa kita sedari.

Bertindaklah dengan bijak tanpa mengguris hati orang lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 28-12-2022 10:24 AM
bukan orang malaysia saja ye..
negara lain kalau share lagi gory..

Quote _blackbird 28-12-2022 10:55 AM
aku mmg tak suka trend ni, share gambar org yg dah mati dengan jelas terpampang muka mayat. ntah la ehk, rasa mcm inappropriate org dah mati tu cerita dia di dunia dah habis kot.
Quote supernaturalee 28-12-2022 11:45 AM
_blackbird replied at 28-12-2022 10:55 AM
aku mmg tak suka trend ni, share gambar org yg dah mati dengan jelas terpampang muka mayat. ntah la  ...

avatar uols
tell me it's cendawan, pls



Quote dekmieDandy 28-12-2022 11:47 AM
teringat website kari ngeri
Quote Decaffeinated 28-12-2022 12:03 PM
jgn lupa sertakan juga caption islamik penuh keinsafan berlatar belakangkan muzik sedih

Quote pooh~key 28-12-2022 12:07 PM
Akak lah tu salah sorang dek. You guys sapa2 yang tau lagi group telegram mana nak tengok koleksi2 video accident ngeri kasi tau akak ya sister.
Quote _blackbird 28-12-2022 12:31 PM
supernaturalee replied at 28-12-2022 03:45 AM
avatar uols
tell me it's cendawan, pls

yeler cuolss.. happy mushrooms
Quote supernaturalee 28-12-2022 02:01 PM
_blackbird replied at 28-12-2022 12:31 PM
yeler cuolss.. happy mushrooms

fuhhh
iols igtkn benda lain

ya,... happy mushrooms?.....



Quote _blackbird 28-12-2022 02:07 PM

hanya sekawan cendawan yg tertawa riang,
Quote pooh~key 28-12-2022 02:10 PM
supernaturalee replied at 28-12-2022 02:01 PM
fuhhh
iols igtkn benda lain


Cendawan abang











Deeekkkkkk….
Quote Cyempaka 28-12-2022 02:14 PM
Satu lg suka2 share ic orang eksiden.
"sapa kenal tolong inform waris bleble"
Lahaiii tau la polis buat keje
Quote krustykrab 28-12-2022 02:17 PM
Kat tmn iols ni prnh la sorg nenek ni pi ambik pix mayat jenazah kariah taman share kat ws. Katanya nk lepas rindu...

Nenek tu kaki surau, selalu la bg mesej islamik, pi mekah pun gigih share pix sambil alhamdullilah kulukilir

Iols husnuzon nenek tu sewel..
Quote KamikuP 28-12-2022 03:29 PM
Meolls menyampah mrk yg suka update benda2 mcm ni dlm media sosial utk mendqpat like yg banyak...puikk
Quote ultra78 28-12-2022 04:05 PM
Teringat filem Nightcrawler. Kisah seorang psychopath yang pergi ke tempat kemalangan utk record video mangsa dan kemudian jual video tu ke news station.
Quote airfilterkotor 28-12-2022 04:49 PM
Abam TNB yg upload video 3 beradek tu dah kena tindakan tatatertib blom?
Quote gangerina 28-12-2022 04:55 PM
Decaffeinated replied at 28-12-2022 12:03 PM
jgn lupa sertakan juga caption islamik penuh keinsafan berlatar belakangkan muzik sedih

kan... byk naw jumpa yg nak up cerita sedih dalam kain sendiri...
mcm movie plak dia buat life dia... kutip simpati etc...

baik kutip tacang from momod lagi baguih...lolsss
Quote jfq 28-12-2022 05:09 PM
Few days back ada gmbr budak yg lemas dlm swimming pool yg ada doc pompuan buat cpr. Mmg jelas la muka budak tu dgn birunya
Quote becir 28-12-2022 05:35 PM
pooh~key replied at 28-12-2022 12:07 PM
Akak lah tu salah sorang dek. You guys sapa2 yang tau lagi group telegram mana nak tengok koleksi2 v ...

Adoyai kak pooh key, takde group lain dah nak join?
Quote imanjannah 28-12-2022 05:40 PM
dlm group family besar aku, ada bbrapa sepupu aku yg suka share gambar2 gini, aku tegur x Jalan, so left je group.. lega aku

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044471 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top