CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Rosak Teruk Sebab Banjir Tahun Lepas, Sampai Sekarang Kerajaan Tak Bagi Duit, "Mana RM5000 Kami?"

28-12-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1962| Komen: 21

SHAH ALAM – Sekumpulan 30 penduduk Pangsapuri Jaya, Bukit Jelutong di sini menuntut agar kerajaan melunaskan janji untuk memberi bantuan RM5,000 sebagai pampasan membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir tahun lalu.


Mereka mendakwa sudah letih untuk turun naik pejabat Pembangunan Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi mengetahui status mereka sejak 12 bulan lalu.

Seorang penduduk, Nur Farihin Wahab, 35, berkata, dia telah tiga kali ke pejabat ICU di Seksyen 13 di sini bagi mengetahui mengenai status permohonannya yang masih belum diluluskan sehingga kini.


Foto: Kosmo

Katanya, antara alasan yang diberikan pihak ICU ialah nama pemohon bantuan baik pulih rumah tidak sama seperti yang tertera bagi bantuan yang lain.


“Saya maklumkan bahawa permohonan bagi bantuan baik pulih rumah berbeza kerana di­diami di bawah namanya. Ia se­perti syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Pusat iaitu permohonan bagi bantuan itu mesti di bawah nama pemilik rumah.

“Bagi semua bantuan lain, permohonan bantuan itu menggunakan nama suami saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Nur Farihin, bukan itu sahaja, permohonan yang dibuat menerusi e-mel juga tidak mendapat sebarang respon pihak ICU.

Seorang lagi pemohon, Mohd. Irwan Hardy Budiman, 39, berkata, dia juga masih belum menerima wang tersebut.

“Kerajaan Pusat sepatutnya menggunakan budi bicara untuk membantu mangsa yang telah mengeluarkan ribuan ringgit untuk membaiki segala kerosakan dalam rumah mereka.

“Saya telah membelanjakan kira-kira RM8,000 bagi tujuan baik pulih kerosakan banjir termasuk menukar beberapa pintu dan mengecat semula rumah.

“Sangat kecewa apabila pihak bertanggungjawab terus membisu. Kalau tidak dapat nak bagi bantuan maklumkan secara terbuka. Ramai lagi mangsa yang senasib dengan kami,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir besar yang melanda sekitar akhir tahun lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 28-12-2022 10:10 AM
kat thread mana entah ada komen, "Simpati Bersasar"
Quote tripleid 28-12-2022 10:21 AM
gi lah tanya Abahcow yg Berpenjana tuh..  tahun lepas KERA jaan Bersih PRIHATIN Stabil yg jadi gomen kan
Quote cikatilia 28-12-2022 10:30 AM
aneh2 aku ingat sejak bila ada umah gitu dekat jelutong
upenya ttdi jaya
sana mmg kalau naik haruu
dari duluu
Quote iman_kasih 28-12-2022 10:49 AM
tripleid replied at 28-12-2022 10:21 AM
gi lah tanya Abahcow yg Berpenjana tuh..  tahun lepas KERA jaan Bersih PRIHATIN Stabil yg jadi gomen ...

Kerajaan negeri ke kerajaan persekutuan yg janji nak bagi 5k ni?
Quote supernaturalee 28-12-2022 11:59 AM
akak baju pink...gaya terpaling sangat
Quote msdummy.2018 28-12-2022 12:20 PM
tripleid replied at 28-12-2022 10:21 AM
gi lah tanya Abahcow yg Berpenjana tuh..  tahun lepas KERA jaan Bersih PRIHATIN Stabil yg jadi gomen ...

Time banjir tuh, pmnya apak dafi
Quote wirazam 28-12-2022 12:41 PM
tripleid replied at 28-12-2022 10:21 AM
gi lah tanya Abahcow yg Berpenjana tuh..  tahun lepas KERA jaan Bersih PRIHATIN Stabil yg jadi gomen ...

Gunakan sosial media gi hamtam media sosial abah ko Tu Kan...
Quote wirazam 28-12-2022 12:42 PM
supernaturalee replied at 28-12-2022 11:59 AM
akak baju pink...gaya terpaling sangat

Terus gi scroll atas balik...tajamnya mata sis nih memerhati
Quote tripleid 28-12-2022 12:46 PM
iman_kasih replied at 28-12-2022 10:49 AM
Kerajaan negeri ke kerajaan persekutuan yg janji nak bagi 5k ni?

Kjaan pusat ..

Banjir: Kerajaan pertimbang bantuan khas RM5,000

Quote iman_kasih 28-12-2022 03:54 PM
tripleid replied at 28-12-2022 12:46 PM
Kjaan pusat ..

Banjir: Kerajaan pertimbang bantuan khas RM5,000

Terima kasih uols
Quote elnor_81 28-12-2022 04:01 PM
iman_kasih replied at 28-12-2022 10:49 AM
Kerajaan negeri ke kerajaan persekutuan yg janji nak bagi 5k ni?

Persekutuan..tp ampeh. Kwsn aku teruk pun yg dpt 2 buah rumah. Tu pun yg naik sipi2. Umah aku naik paras pggang pun x dpt. Ble tya alasan jkr kena dtg..aku tya yg dpt xde pun jkr dtg. Baser menipu blaka. Mne ntah duit tu..klo dorg mkn mmg boncitlahhh perut dorg!
Quote aina_shaira 28-12-2022 04:33 PM
elnor_81 replied at 28-12-2022 04:01 PM
Persekutuan..tp ampeh. Kwsn aku teruk pun yg dpt 2 buah rumah. Tu pun yg naik sipi2. Umah aku naik ...

uols kawasan sri muda ke? sekarang macam mana rumah uols?
Quote Nnasda53 28-12-2022 04:34 PM
Bila kena bencana ni salah satu report polis.
Tangkap la gmbr merata sudut.
Satu report mmg boleh submit mcm2 bantuan.Selain bantuan kerajaan nyatakan.
Kat majlis agama pun boleh mohon.
Kalau rumah sewa mmg kena pastikan owner rumah tidak submit bantuan.
Kalau owner rumah dah submit mmg sampai ajm pun tak akan dapat.
Quote ninja boy 28-12-2022 04:37 PM
Edited by ninja boy at 28-12-2022 04:41 PM

sendiri kena banjir, sendiri buat tabung, kutip brp byk boleh kutip lebih dari 5k, brp banyak lubang bantuan sana sini, sendiri pakai wang derma bikin rumah kalis banjir kalis ribut parking kereta tingkat atas
Quote Cikizz 28-12-2022 05:12 PM
Aku yang kat mentakab ni pun tak dapat 5k. Tanya yb, dia suruh tanya mpt pulak. Gitulah nasib
Quote Rogue98 28-12-2022 05:39 PM
Duit dah guna utk pru ..kata abahcow n mail lambing.
Takpun mintak jer kat MB Selangor.
Jangan mintak kat umno BN pulak...
Quote R2D2 28-12-2022 07:14 PM
berita tu sebut Exco minta kerajaan pusat pertimbangkan
bukan kerajaan pusat janji
tu pun tak fhm?
Quote elnor_81 29-12-2022 07:06 AM
Edited by elnor_81 at 29-12-2022 07:08 AM
aina_shaira replied at 28-12-2022 04:33 PM
uols kawasan sri muda ke? sekarang macam mana rumah uols?


Aku area kuantan. Xtau la cmne dorg ni bahagikan duit tu.rumah aku retak kt tepi rumah. Aku ni umah endlot. So clear nampak retak tepi rumah.
Quote elnor_81 29-12-2022 07:07 AM
Cikizz replied at 28-12-2022 05:12 PM
Aku yang kat mentakab ni pun tak dapat 5k. Tanya yb, dia suruh tanya mpt pulak. Gitulah nasib

Kan...gitu la kita. Xde kabel..x dpt la..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.060569 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top