Menerusi satu video yang tular, aksi seorang wanita sedang melipat kain di hadapan mesin pengering (dryer) pakaian dirakamkan oleh seorang pengguna.
Walaupun terdapat meja dan ruangan untuk melipat baju, namun wanita itu melakukannya secara terus dari mesin pengering untuk cucian 20 kilogram (kg) ke bawah itu, dan memasukannya ke dalam plastik hitam besar dalam bakul, satu persatu. Tindakannya itu kemudian ditegur seorang pengguna dipercayai merakamkan video berkenaan. Walaupun diarahkan supaya segera mengalih pakaian yang selesai dicuci kerana mahu menggunakan mesin pengering di bahagian bawah, wanita itu enggan berbuat demikian.
Jelas pemilik video, dia tidak dapat memasukkan pakaiannya yang banyak itu ke dalam mesin yang berada lebih tinggi seperti kedudukan kebiasannya mesin di kedai dobi. "Sekarang ni apa masalah awak? Angkat kain awak. Mana ada orang lipat kain dekat depan-depan mesin (pengering). "Terang-terang bakul saya banyak baju. Mesin atas tu susah (untuk dicapai)," katanya. Dalam pada itu, wanita ini sempat mempersoalkan kepada pemilik video yang tidak mahu menggunakan mesin pengering lain. Dia kemudian membalasnya dengan menyatakan bahawa mesin yang telah digunakan wanita itu lebih besar dan bersesuain untuk jumlah pakaiannya yang banyak.
|
iman_kasih replied at 28-12-2022 10:11 AM
Akak tu memang la selfish tapi perbuatan merakam tu pun tak patut jugak.
Bab yang pas setengah jam ...
laksmanabentan replied at 28-12-2022 10:09 AM
kesian acik tu.... sampai pakai plastik sampah besor tu...
ishhh... rame bebenor anak2 dia...
pooh~key replied at 28-12-2022 10:03 AM
Ko tolak jah minah tu masuk dalam mesin lepas tu kau start dekkk… macam mister bean dek.
sangbara2020 replied at 28-12-2022 10:22 AM
kdg kat dobi kan....kena pihak dobi bgtau bab yg baju xreti2 nak kuarkan tu...
buat notis ke...selal ...
Lavender_Violet replied at 28-12-2022 10:30 AM
Kalau kat tempat ai, masing2 dah faham...kalau lambat keluarkan, ramai org queue, the next person ...
damsel_fiji replied at 28-12-2022 10:38 AM
ramai jah acik2 bangang takde common sense camnih..ada tu skali tgh ramai org..da abis cuci lama pun ...
ADVERTISEMENT