CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Wanita Separuh Bogel Bersama Bayi 9 Bulan Ditemui Belakang Rumah, Dibunuh Dua Remaja Dendam Dengan Suami

28-12-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2500| Komen: 16

Seorang wanita bersama bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dibelakang rumah mereka.

Kedua-dua mangsa dipercayai dibunuh oleh dua remaja bawah umur, masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.


Lebih menyayat hati apabila mayat Arita, 45 tahun ditemui dalam keadaan tanpa seluar serta bajunya terselak ke atas.


Gambar Hiasan

Manakala mayat bayi lelaki, Rizky Arma Farhan berusia sembilan bulan ditemui tidak jauh dari mayat ibunya.

Kejadian berlaku di Kampung Permatang Jaya, Riau, Indonesia.

Suaminya yang tampil memberikan keterangan menyatakan bahawa dia berada di kebun sewaktu kejadian.


Siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku memukul kepala mangsa menggunakan alatan basikal (shockbreaker) selain memukul leher mangsa yang kemudiannya berlumuran darah.

Leher mangsa juga dikatakan dijerut dengan getah tayar sebelum diseret ke semak samun belakang rumah.

Suspek kedua pula menekup mulut bayi sehingga lemas sehingga tidak lagi bernyawa dan kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg sebelum dibuang berdekatan mayat ibu.

Menurut sumber, pengakuan dibuat suspek menyatakan bahawa mereka bertindak sedemikian atas rasa dendam kerana sakit hati sering dimarahi oleh suami mangsa, Masroni. - CARI

Sumber: mStar/Kompas.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-12-2022 09:53 AM
kejamnya manusia...
kesian baby huhuhuhuhu
Quote green~tea 28-12-2022 09:55 AM
Ape bende niiiiiiiiii..... umur belas2 pun dah jahat pelbagai kejam
Quote sangbara2020 28-12-2022 10:20 AM
hukum gantung x nih?
Quote kaoru44 28-12-2022 10:32 AM
jahatnya..baby plak jadi mangsa..[em:9:]
Quote DayangKirana 28-12-2022 11:08 AM
marah laki dia yang ko bunuh wife and baby tak berdosa tu dh kenapa setan?
Quote Suchi 28-12-2022 11:19 AM
DayangKirana replied at 28-12-2022 11:08 AM
marah laki dia yang ko bunuh wife and baby tak berdosa tu dh kenapa setan?

Sama kes kat negeri selatan, laki selalu tegur org yg mabuk petang2 lantas depa balas dendam pecah masuk umah dia dan rogol bini org tu dedepan laki dia.
Quote renko 28-12-2022 11:24 AM
dasar keturunan keparat
Quote renko 28-12-2022 11:24 AM
Suchi replied at 28-12-2022 11:19 AM
Sama kes kat negeri selatan, laki selalu tegur org yg mabuk petang2 lantas depa balas dendam pecah ...

berita baru ke
semoga mampus kotey kena kerat
Quote Travelo 28-12-2022 11:47 AM
baca tajuk dah agak dah mesti indon..
Quote _blackbird 28-12-2022 01:15 PM
mas roni.. mas roni...
Quote Suchi 28-12-2022 01:51 PM
renko replied at 28-12-2022 11:24 AM
berita baru ke
semoga mampus kotey kena kerat

Berita lama, pelaku beramai2 tau yg lakukan tu.
Quote renko 28-12-2022 02:32 PM
Suchi replied at 28-12-2022 01:51 PM
Berita lama, pelaku beramai2 tau yg lakukan tu.

memang celaka betul perangai
mesti keturunan2 sial tu
Quote xtahumenahu 28-12-2022 03:06 PM
x terkata aku...kenapa jahat sgttttt..setannnnnn
Quote liyamariska 28-12-2022 03:58 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...
Quote KamikuP 28-12-2022 04:33 PM
Gobloknya lah
Quote rosedemon 29-12-2022 09:49 AM
mereputla ko dlm penjara dan neraka

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.132982 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top