CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Takutlah Netizen Sekarang Tentukan Syurga Ke Neraka' - Wawa Zainal

27-12-2022 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1737| Komen: 20

Baru-baru ini, video memaparkan anak kedua pelakon Wawa Zainal bersolek diiringi lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

Terbaharu, menerusi Insta Story Wawa, aktres ini ada berkongsikan luahannya berhubung tindakan netizen yang kini senang-senang melabelkan ‘syurga neraka’ seseorang individu itu.


IG Wawa

Dalam perkongsian itu, Wawa atau sebenar, Nurul Hawa Zainal Abidin, 31, memuat naik tangkap layar (screen shot) komen yang ditinggalkan seorang individu berhubung ‘keterlanjuran’ pelakon itu yang memuat naik video anaknya sebelum ini.

Menerusi komen itu, individu tersebut menegur perbuatan Wawa.

Tidak berdiam diri, Wawa kemudiannya memberi respon terhadap komen tersebut dengan menulis, “Pulak dah. Yela, kau seorang je ahli syurga. Takutlah netizen sekarang, siap tentukan syurga ke neraka.”



Terdahulu, Wawa memuat naik video anak perempuannya, Hayla Magrifatul Adzkiyaa yang sedang bersolek menggunakan produk keluaran pelakon tersebut.

Dalam video tersebut, Hayla menggayakan dres berwarna hitam sambil mengikuti ‘trend challenge’ yang popular di TikTok, mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams.



Rata-rata netizen menegur lagu Bloody Mary yang dimainkan dalam video itu tidak berapa sesuai dan menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif supaya mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 28-12-2022 12:03 AM
Bila sendu kisah ko gadoh dgn netizen la khuez cam si kepam kt Bali jual vitamin itew!?

Kahkahkahkahkah
Quote missyL 28-12-2022 02:42 AM
Org cmnie biar je x pyh nk nasihat
Lantak kan aje
Quote margo20 28-12-2022 06:37 AM
Takut dgn netizen pulak
Quote AKAZ85 28-12-2022 07:03 AM
Sekarang berlagak la cari gaduh dengan nurtizen.. Kang dah sakit separuh kaki dah nak masuk lubang kubur dah baru sibuk2 mintak doa nurtizen ni.. Pastu bukak lak tabung bantuan tampung belanja masuk sepital hef2.. Last2 nurtizen hanat ni jugak masing2 merayu balik.. Anjayyyyy
Quote chocobozhere 28-12-2022 07:07 AM
Antara kapel yang aku tak minat nak follow..... Ok bye
Quote makton 28-12-2022 07:36 AM
tak minat la couple ni. geli
Quote husie91 28-12-2022 08:17 AM
Edited by husie91 at 28-12-2022 08:21 AM

Agak2 la kot ye nak menegur pon.. takpayah la sampai nak nerakan orang.. rasulullah pon ada pesan bila nak berdakwah kne jaga adab & akhlak dulu.. kita taktau pon pengakhiran setiap org macam mana.. aiyoo
Quote Pak.dolla 28-12-2022 09:07 AM
Ada betulnya kata² wawa ni...contoh makhluk yg suka tentukan neraka dan syurga mcm si  benakians...
Quote babelina 28-12-2022 09:33 AM
wawa nie pn.. kdg nk viral nk bertiktok pn.. tgk2 la.. meluat pn ada ngn family ko nie..
Quote cikatilia 28-12-2022 09:53 AM
semak la famili ni.. so rempit
Quote Insomniacs 28-12-2022 10:10 AM
Family yg kaya tapi takde kerlasss
Quote sangbara2020 28-12-2022 10:27 AM
soooooooooooo boooooringgggggggggggggggggg
Quote bondeh 28-12-2022 10:46 AM
Insomniacs replied at 28-12-2022 10:10 AM
Family yg kaya tapi takde kerlasss

Ini bukan kaya chuolls, ini banyak duit. Ada beza orang kaya & orang banyak duit. Org banyak duit cam TokBida, TokLip belut, Soeb babelbi antaranya. Org kaya cam Naza clan, VT, kakafaz tiberrr
Quote pauliza 28-12-2022 10:53 AM
Hayla anak diaorang ni memang comel .Tp bila dia jegil mata tu ,especially bila tertgk masa tgh malam ,rasa seram pulak
Quote acepark 28-12-2022 10:57 AM
ala senang aja.mana baik follow nasihat nitizen.mana rasa x perlu x yah kot.simple aja
Quote NazRysha 28-12-2022 11:34 AM
lagi takut tengok muka anak sulong ko tu
Quote ohsoyaya 28-12-2022 11:41 AM
Kan. Iols pun xminat kapel ni. Xde aura walaupun laki bini herlok
Quote KamikuP 28-12-2022 04:43 PM
Tahapahapntah challenge Wednesday ni.. gigih ya para artis dan netizen buat challenge bodo ni
Quote aciksenah 28-12-2022 04:51 PM
Bukan tanggungjawab kita nak tentukan syurga neraka seseorang. Nak tegur pun berpada la. Ni ayat yang menegur pun bukan main lagi. Ingat dengan teguran macam ni boleh melembutkan hati seseorang???

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.067568 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top