Tiga maut dibelasah dua suspek menggunakan batang besi dalam satu kejadian dipercayai berlaku pada Ahad. Malah, mangsa dilaporkan turut ditikam dengan sebilah pisau.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) premis, dua individu terbabit dilihat mendatangi mangsa sebelum berlakunya perselisihan faham. Kejadian berlaku di Surat, Gujerat, India itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati antara kakitangan kilang berkenaan. Menurut jurucakap polis tempatan, suspek berjaya ditahan dan mereka berusaha untuk mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.
“Kedua-duanya sudah ditahan dan disoal siasat. Kami juga mencari motif pembunuhan itu boleh berlaku,” katanya. Untuk rekod, dua daripada mangsa merupakan pekerja manakala seorang lagi merupakan pemilik kilang terbabit. Insiden itu berlaku, sebaik sahaja pemilik premis mendapati salah seorang suspek tidur ketika waktu bekerja. Kedua-dua suspek turut dikatakan pekerja kilang yang sama. Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT