PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang cahaya matanya ketika bercuti ke luar negara tanpa kehadiran pembantu.
Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, berkata, kehidupan tanpa pembantu banyak mengajar dia tentang kesabaran, malah dapat lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga tercinta. "Melancong tanpa pembantu banyak mengajar saya tentang kesabaran dan mendekatkan saya dengan anak-anak. "Waktu inilah baru tahu perangai anak-anak kita, macam mana nak jaga mood mereka, nak pastikan semua terjaga dan paling penting, beri keutamaan pada mereka," katanya. Awal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Awal menjelaskan dia bukannya merungut, tetapi bersyukur kerana dapat lebih rapat dengan anak-anaknya iaitu Lara Alana, 8, dan Lila Amina, 1. Kata Awal, jika ikutkan hati, banyak lagi tempat yang ingin dilawati, tetapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, dia terpaksa akur dengan situasi berkenaan. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi aktor itu kerana berpendapat bukan mudah untuk bercuti bersama anak-anak yang masih kecil. Namun, mereka merasakan ini merupakan satu pengalaman yang bakal dikenang oleh ibu bapa Sumber: mStar
|
doubleA replied at 28-12-2022 01:48 AM
Lila 1y 17kg? Biar betik, obesiti dah tu ke typo? Budak 3y pun dalam 15kg ke ko kira sekali stroller ...
Heydidle replied at 28-12-2022 02:21 AM
Joy dah blk filipin for good ke?
doubleA replied at 28-12-2022 01:48 AM
Lila 1y 17kg? Biar betik, obesiti dah tu ke typo? Budak 3y pun dalam 15kg ke ko kira sekali stroller ...
doubleA replied at 27-12-2022 06:48 PM
Lila 1y 17kg? Biar betik, obesiti dah tu ke typo? Budak 3y pun dalam 15kg ke ko kira sekali stroller ...
Carcosa: Haaaa baru kau tahu. Kalau kat ...
ADVERTISEMENT