Keupayaan Salva Kiir mentadbir negara dipersoal selepas insiden Presiden Sudan itu terkencing dalam majlis rasmi yang disiarkan secara langsung, minggu lalu.
Selain itu, etika berkongsi kejadian berkenaan di media sosial turut menjadi perdebatan ramai. Kiir, 71, sedang berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan di pembukaan jalan raya baharu, apabila dilihat tidak sedar yang dirinya terkencing. Pegawai pengiring hanya menyedari perkara itu apabila air kencing terkena kaki pemimpin berkenaan dan kru rakaman yang menyiarkan siaran langsung perasmian itu segera mengalihkan kamera. Orang ramai termasuk ahli politik dan peguam dari Uganda, Nigeria dan Kenya menggunakan media sosial bagi membahaskan insiden itu.
Ramai mempertikaikan keupayaan Kiir untuk memimpin negara sejak kemerdekaan pada 2011, yang menyaksikan tiada lagi pilihan raya diadakan di Sudan Selatan. Pilihan raya negara itu dijangka akan dilaksana pada 2024. Rata-rata pihak berkata, insiden itu membuktikan Kiir tidak cukup sihat untuk memerintah negara yang berdepan cabaran terutama krisis kebuluran, konflik dan perubahan iklim. Sebahagiannya pula mengecam tindakan berkongsi rakaman insiden itu di media sosial yang didakwa tidak menghormati individu yang berusia. Aktivis Masyarakat Sivil Sudan Selatan, Wani Michael menciap, "Sesetengah daripada kita begitu mengambil berat tentang kesihatan Presiden Kiir, sebaliknya segelintir orang menuduh kami sebagai musuh keamanan dan negara. "Kamu boleh mengejek Presiden kami seperti yang kamu mahu. Tetapi, sebagai manusia, Presiden Kiir adalah seorang yang lebih berusia dan kami menghormatinya. "Kami akan ingat semua kritikan ini dan memberi beliau penghormatan yang selayak diterimanya. Kami tidak akan mengejek mengenai kesihatannya walaupun tidak bersetuju dengan kerajaannya," katanya dipetik The Guardian. YouTube Seorang penganalisis politik, Bongomin Acellam Taban Abwoc pula berkata, pemimpin itu tidak pernah bersimpati kepada rakyat dan bersikap sangat kejam terhadap negara. Peguam terkenal Kenya, Esther Ang'awa meramalkan Kiir akan bersara secara terhormat kerana masalah kesihatannya. Kepemimpinan Kiir telah membawa pertempuran selama bertahun dengan puak serpihan SPLM yang diketuai saingan Kiir, Riek Machar. Ratusan ribu orang meninggal dunia dan negara menderita dengan kes keganasan seksual, penindasan politik dan rasuah. Laman web berita bebas, Sudans Post memetik seorang kakitangan televisyen negara yang mendakwa polis mencari wartawan yang merakam kejadian itu. Khabar angin juga tersebar bahawa wartawan yang hadir pada acara itu ditahan, namun dinafikan Kesatuan Wartawan Sudan Selatan (UJOSS). "UJOSS ingin memaklumkan dengan jelas mengikut rekod kami pada masa ini, tiada wartawan yang ditangkap atau hilang," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Sebahagiannya pula mengecam tindakan berkongsi rakaman insiden itu di media sosial yang didakwa tidak menghormati individu yang berusia.
mizzmimi replied at 23-12-2022 08:47 PM
71 tahun.. incontinence.. pakaila lampin tena
otai_g replied at 24-12-2022 11:18 PM
Ini lawak siak. Tp bila ahli politik msia kenceng rakyat, rakyat suka. Siap mintk Dan merayu2 lg utk ...
ADVERTISEMENT