CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1641|Reply: 14

Kredibiliti Presiden Sudan Dipersoal Kerana Terkencing Dalam Majlis Rasmi Yang Disiarkan Live

[Copy link]
Post time 23-12-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode


Keupayaan Salva Kiir mentadbir negara dipersoal selepas insiden Presiden Sudan itu terkencing dalam majlis rasmi yang disiarkan secara langsung, minggu lalu.


Selain itu, etika berkongsi kejadian berkenaan di media sosial turut menjadi perdebatan ramai.


Kiir, 71, sedang berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan di pembukaan jalan raya baharu, apabila dilihat tidak sedar yang dirinya terkencing.




237online.com




Pegawai pengiring hanya menyedari perkara itu apabila air kencing terkena kaki pemimpin berkenaan dan kru rakaman yang menyiarkan siaran langsung perasmian itu segera mengalihkan kamera.


Orang ramai termasuk ahli politik dan peguam dari Uganda, Nigeria dan Kenya menggunakan media sosial bagi membahaskan insiden itu.


Ramai mempertikaikan keupayaan Kiir untuk memimpin negara sejak kemerdekaan pada 2011, yang menyaksikan tiada lagi pilihan raya diadakan di Sudan Selatan.


Pilihan raya negara itu dijangka akan dilaksana pada 2024.


Rata-rata pihak berkata, insiden itu membuktikan Kiir tidak cukup sihat untuk memerintah negara yang berdepan cabaran terutama krisis kebuluran, konflik dan perubahan iklim.


Sebahagiannya pula mengecam tindakan berkongsi rakaman insiden itu di media sosial yang didakwa tidak menghormati individu yang berusia.


Aktivis Masyarakat Sivil Sudan Selatan, Wani Michael menciap, "Sesetengah daripada kita begitu mengambil berat tentang kesihatan Presiden Kiir, sebaliknya segelintir orang menuduh kami sebagai musuh keamanan dan negara.


"Kamu boleh mengejek Presiden kami seperti yang kamu mahu. Tetapi, sebagai manusia, Presiden Kiir adalah seorang yang lebih berusia dan kami menghormatinya.


"Kami akan ingat semua kritikan ini dan memberi beliau penghormatan yang selayak diterimanya. Kami tidak akan mengejek mengenai kesihatannya walaupun tidak bersetuju dengan kerajaannya," katanya dipetik The Guardian.





YouTube



Seorang penganalisis politik, Bongomin Acellam Taban Abwoc pula berkata, pemimpin itu tidak pernah bersimpati kepada rakyat dan bersikap sangat kejam terhadap negara.


Peguam terkenal Kenya, Esther Ang'awa meramalkan Kiir akan bersara secara terhormat kerana masalah kesihatannya.


Kepemimpinan Kiir telah membawa pertempuran selama bertahun dengan puak serpihan SPLM yang diketuai saingan Kiir, Riek Machar.


Ratusan ribu orang meninggal dunia dan negara menderita dengan kes keganasan seksual, penindasan politik dan rasuah.


Laman web berita bebas, Sudans Post memetik seorang kakitangan televisyen negara yang mendakwa polis mencari wartawan yang merakam kejadian itu.


Khabar angin juga tersebar bahawa wartawan yang hadir pada acara itu ditahan, namun dinafikan Kesatuan Wartawan Sudan Selatan (UJOSS).


"UJOSS ingin memaklumkan dengan jelas mengikut rekod kami pada masa ini, tiada wartawan yang ditangkap atau hilang," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
71 tahun.. incontinence.. pakaila lampin tena
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya...resign je la...nt tak pasal² dlm meeting berbau hancing pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini macam pun ada aiyooo.. [em:11:]
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 10:31 PM | Show all posts
malunya kena mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi dah tak sihat bersara la..this is beyond embrassment. Balasan la ko kejam dgn rakyat, salur sendiri pun xblh kontrol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2022 11:32 PM | Show all posts
Sebahagiannya pula mengecam tindakan berkongsi rakaman insiden itu di media sosial yang didakwa tidak menghormati individu yang berusia.
tapi kalau buka thread kat Cari boleh kan? - editor Cari
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
71. anwar pon mcm lagi tua ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la Tun M sepanjang jadi PM tak pernah terkencing...
Tun M pakai lampin kot.
erkkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pundi kucing dia dah xkuat..malunya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
apo pulak taip kucing
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 23-12-2022 08:47 PM
71 tahun.. incontinence.. pakaila lampin tena

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lawak siak. Tp bila ahli politik msia kenceng rakyat, rakyat suka. Siap mintk Dan merayu2 lg utk dikencingi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
X tau nak gelak ke nak sedih
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-12-2022 11:18 PM
Ini lawak siak. Tp bila ahli politik msia kenceng rakyat, rakyat suka. Siap mintk Dan merayu2 lg utk ...

Ku nan terlondeh seluar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.139142 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list