Demi kasih, pengendali motosikal teksi sanggup menjual buah pinggangnya bagi membiayai kos perubatan anak lelaki yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Menurut Suriadin yang berasal dari Kota Baubau, Sulawesi di Indonesia, anaknya Muhamad Said yang kini berusia setahun empat bulan, menghidap penyakit berkenaan sejak lahir. Anaknya itu, kini dirawat di Hospital Pakar Jantung di Jakarta dengan kos rawatan dianggarkan ratusan juta rupiah. "Saya mahu jual buah pinggang kerana tidak mempunyai cara lain lagi bagi pembedahan kali kedua," katanya. Kedua mereka hanya mengetahui Said menghidap penyakit jantung berlubang selepas mendapati tumbesaran tidak seperti kanak-kanak normal yang lain selain badannya turut mengalami simptom kebiruan pada usia lapan bulan.
Tambahnya, semasa pembedahan pertama dilakukan pada Ogos lalu, dia memperoleh sumbangan daripada orang ramai selain terpaksa menjual barang rumah bagi menampung kos. "Untuk pembedahan kedua pada Februari 2023 nanti, kosnya lebih besar dan saya tidak mampu dengan sumber pendapatan sedia ada," luahnya. -CARI Sumber: mStar Online Kompas.com
|
ADVERTISEMENT