CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 1

Bapa Sanggup Jual Buah Pinggang, Cari Duit Nak Rawat Anak Sakit Jantung Berlubang

[Copy link]
Post time 23-12-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Demi kasih, pengendali motosikal teksi sanggup menjual buah pinggangnya bagi membiayai kos perubatan anak lelaki yang menghidap penyakit jantung berlubang.


Menurut Suriadin yang berasal dari Kota Baubau, Sulawesi di Indonesia, anaknya Muhamad Said yang kini berusia setahun empat bulan, menghidap penyakit berkenaan sejak lahir.


Anaknya itu, kini dirawat di Hospital Pakar Jantung di Jakarta dengan kos rawatan dianggarkan ratusan juta rupiah.


Foto: Kompas.com




"Saya mahu jual buah pinggang kerana tidak mempunyai cara lain lagi bagi pembedahan kali kedua," katanya.


Kedua mereka hanya mengetahui Said menghidap penyakit jantung berlubang selepas mendapati tumbesaran tidak seperti kanak-kanak normal yang lain selain badannya turut mengalami simptom kebiruan pada usia lapan bulan.


Tambahnya, semasa pembedahan pertama dilakukan pada Ogos lalu, dia memperoleh sumbangan daripada orang ramai selain terpaksa menjual barang rumah bagi menampung kos.


"Untuk pembedahan kedua pada Februari 2023 nanti, kosnya lebih besar dan saya tidak mampu dengan sumber pendapatan sedia ada," luahnya. -CARI


Sumber: mStar Online Kompas.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bebaru ni laki aku pon ckp mcm ni...

Nak jual buah pinggang....

????????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.409217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list