CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Dedah Suka Tengok Muka Anak Puteri Sarah Masa Hamil, "Dah Lahir Aisha Kenan Muka Sumayyah, Memang Sebijik"

23-12-2022 04:43 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3435| Komen: 27|Original author: Saiful

Sepanjang hamil anak ketiganya, Aisha Amaira, Fasha Sandha kata dia suka sangat melihat foto anak perempuan Puteri Sarah, Sumayyah.

Disebabkan itu katanya muka Aisha ada mirip sebab 'kenan' dengan Sumayyah.


Fasha mendedahkan perkara tersebut di Instar Storya dengan memuat naik tangkap layar perbualan dia dan Puteri Sarah dalam Instagram beberapa tahun lalu.

Foto: IG

Kata Fasha dia kagum melihat kecomelan dan kecantikan wajah Sumayyah ketika kanak-kanak itu berusia beberapa bulan pada 2019.

Pada 2020, isteri kepada Aidil Aziz itu memaklumkan kepada Puteri Sarah bahawa anak dalam kandungannya ketika itu adalah bayi perempuan.




“Doakan bayi saya secantik Sumayyah. Bagi tip macam mana nak dapat bayi cantik dan sihat macam anak perempuan awak,” kata Fasha dalam mesej tersebut.

Pertanyaan mengenai perkara itu dijawab Puteri Sarah dengan memberitahu agar Fasha minum sarang burung supaya kulit bayi cantik.




“Aisha dah besar sekarang. Kulit dia cantik dan muka ada iras Sumayyah sebab saya kan tengok gambarnya masa hamil. Hampir setiap hari tengok, sebab dia bayi yang cantik.

“Sekarang Aisha dah dua tahun tiga bulan. Bila kongsi gambar Aisha, ramai komen macam Sumayyah. Memang benarlah, bila hamil kena tengok yang cantik dan manis. Semoga Sumayyah sihat,” tulisnya.


Fasha juga tidak ketinggalan menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang berdepan masalah rumah tangga.

Pesannya, Sarah harus kuat dan teruskan sibuk bekerja kerana kesibukan boleh membuatkan seseorang lupa dengan semua masalah yang dihadapi.



“Kak doakan yang baik-baik buat adik, kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, insya-Allah bila sibuk, kita tak fikir sangat masalah-masalah itu. Insya-Allah, kak doa dipermudahkan." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-12-2022 05:25 PM
halah halah dan2 la ko nak ada history ngn sarah. dasar penunggang isu panas
Quote Masukkeluar 23-12-2022 05:30 PM
ank dia mmg comel lawa tp kurg cheeky..mcm ank izara..dh nk msuk 3 tahun tp xpndai lg bercakap.
Quote prince_marhaen 23-12-2022 05:38 PM
alaahhh alahh tadi anzalna... skrg pasha doraemon pulak... tapi anak ngan aidil serious lawa gila....menjadik yek..
Quote katnissE 23-12-2022 05:39 PM
Anak Fasha ni sebijik muka Aidil.  Cerah pun macam Aidil.
Tak adanya kenan anak PS.
Quote KBW2 23-12-2022 05:41 PM
Apsal dia filter muka anak dia?
Quote Rogue98 23-12-2022 05:41 PM
So anak no 2 dia duk tengok mak jejai lah kan...
Quote ohsoyaya 23-12-2022 05:44 PM
Sumayyah tu mmg cantik kan
Quote virgo19 23-12-2022 05:58 PM
Memang cantik sgt anak fasha ni,, mata dia tu..
Quote makcun14 23-12-2022 05:59 PM
Kenapa baru sekarang nak dedah suka tengok muka anak kawan tu?
Nak sokong tu sokong la dengan terus terang.btw retis suka betul screenshot DM lelama antara dorang kan. Banyak masa noks
Quote missHaidiD 23-12-2022 05:59 PM
Rogue98 replied at 23-12-2022 05:41 PM
So anak no 2 dia duk tengok mak jejai lah kan...

Hahahaha  

ank no 2 tu pun cntik jgk tp selekeh
Quote missHaidiD 23-12-2022 06:00 PM
Ank sol dgn sara mmg cntik sgt. Nti kita tgu la ank sol dgn ika. Mesti gen kaza kuat kan.
Sb sumayyah gen sara yg kuat
Quote missHaidiD 23-12-2022 06:01 PM
Sol ni bodo la.buat ank lg dgn sara sol ank cntik menjadi.
Sumayyah tu kecik2 lg da nmpak cntik
Quote Nham22 23-12-2022 06:02 PM
Both lawa dr kecik..baik anak sara baik nak fasha..gile lawa.. Harap sampai ke besaula lawanye tu
Quote makcun14 23-12-2022 06:16 PM
Edited by makcun14 at 23-12-2022 09:46 PM

Oh faham. Pasha ni pujuk diri sendiri jach tu, anak anak ngan Jejai dah pergi holiday ngan family belah sana.holiday overseas Turkey pulak tu. Mesti si kecik ni pelik napa dia tak dapat ikot.
Budak kecik mana nak paham
Quote de_ikea 23-12-2022 06:21 PM
Iols nampak aisha ni sebijik elisya sandha di mata iols lah.
Quote Fly_over 23-12-2022 08:28 PM
makcun14 replied at 23-12-2022 06:16 PM
Oh faham. Pasha ni pujuk diri sendiri jach tu, anak anak ngan Jejai dah pergi holiday ngan family be ...

sekolah nanti pun tah mcm mana… tah2 sekolah lain2..
Quote alieyrina 23-12-2022 08:53 PM
Edited by alieyrina at 23-12-2022 08:59 PM

Kesian jemima kalau dia paham..satgi dia tanya awat cek tak lawa ka makk
Ohh masa jemima sumayah belum beranak lagi kut
Quote makcun14 23-12-2022 08:59 PM
alieyrina replied at 23-12-2022 08:53 PM
Kesian jemima kalau dia paham pasya oii..satgi dia tanya awat cek tak lawa ka makk

Kan.. mentang mentang la jemima ikut muka mak jejai yang disindir Pasha dulu
Quote makcun14 23-12-2022 09:08 PM
Fly_over replied at 23-12-2022 08:28 PM
sekolah nanti pun tah mcm mana… tah2 sekolah lain2..

Kann. Tak lama lagi rayfal ngan jemima masuk sekolah elit macam abang rayqal.
Jenuh jugak bila anak daddy lain lain. Terutama la yang hat ni ada yang daddy orka ada yang daddy marhaen.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046446 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top