Oleh : TS LOO
Manusia yang hidup berkelompok secara etnik seperti Malaysia mempunyai prasangka dan stereotaip terhadap satu sama lain. Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu semata-mata berasaskan kepada keahlian dalam kelompok itu. Stereotaip pula ialah kepercayaan tentang sifat-sifat peribadi yang dikongsi bersama dalam sesuatu kelompok atau kategori sosial manusia, juga semata-mata kerana mereka menjadi ahli kelompok itu.
Prasangka atau stereotaip; kedua-duanya adalah berbahaya kepada kedamaian sebuah masyarakat berbilang kaum. Kanak-kanak tidak dilahirkan dengan sikap prasangka. Tetapi sejak dilahirkan, anak Melayu, Cina dan India terdedah kepada proses sosialisasi yang membina sentimen kepada kaum sendiri sambil memupuk perasaan negatif terhadap kaum lain. Melalui proses pengkategorian sosial mereka membahagikan dunia kepada 'kita' dan 'mereka'. 'Kita' ialah kaum sendiri, 'mereka' ialah kaum lain. 'Kita' semuanya baik belaka sementara 'mereka' semuanya buruk belaka. kedekatan fizikal membenihkan tarikan interpersonal lantas mengurangkan prasangka dengan tiga cara. Pertama, ia meningkatkan kebiasaan atau familiariti. Kita sukakan wajah-wajah yang biasa kepada kita. Kedua, kedekatan sering dihubungkan dengan persamaan. Orang yang dekat dengan kita dianggap serupa dengan kita dan kita sukakan orang yang serupa dengan kita. Ketiga, orang yang dekat dengan kita secara fizikal mudah diperoleh berbanding dengan orang yang jauh daripada kita. Kita tidak boleh menyukai orang yang tidak pernah kita temui. Kita memilih kawan daripada orang yang kita temui. Jika kanak-kanak diasingkan kepada sekolah-sekolah yang berbeza mereka tidak terdedah kepada peluang untuk membina persahabatan antara kaum. Kedekatan fizikal membuahkan kesan positif yang lain iaitu pendedahan berulang kepada rakan-rakan daripada kumpulan etnik yang lain yang pula membawa kepada familiariti. Mungkin belum masa untuk mereka menerima hakikat keperluan kepada satu bentuk pendidikan yang serupa tetapi lambat-laun rakyat Malaysia, tidak dapat tidak, perlu berkongsi satu wawasan. Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini setakat yang ada sekarang ialah Sekolah Wawasan. Semoga prasangka terhadap konsep sekolah ini tidak menghalang usaha menghapuskan prasangka antara kaum di negara ini. - CARI Infonet |
24
Bagus |
21
Marah |
30
Terkejut |
33
Sedih |
36
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Tok_Batin replied at 10-9-2015 03:34 PM
Prasangka ialah penilaian terhadap sesuatu kelompok atau seorang individu daripada kelompok itu sema ...
wds replied at 10-9-2015 03:49 PM
Masalahnya kaum depa suka sangat menipu. Tahun ni teruk aku kena tipu 2 kali overhaul engine motorsi ...
krustykrab replied at 10-9-2015 07:39 AM
jepun ni negara dia mata sepet je ...warna kulit pun sekata...bangsa pun sama...bahasa pun sama, s ...
wds replied at 10-9-2015 03:49 PM
Masalahnya kaum depa suka sangat menipu. Tahun ni teruk aku kena tipu 2 kali overhaul engine motorsi ...
+#$!= replied at 10-9-2015 04:19 PM
Jepun pernah dijajah Amerika Syarikat lepas kalah perang dunia kedua
spiderman80 replied at 10-9-2015 04:24 PM
Kaum yang anda maksudkan tu pun ada menipu kaum mereka sendiri. Yang penting kita sebagai pengguna ...
ADVERTISEMENT