PETALING JAYA – Memiliki mata berwarna biru dan unik serta seakan-akan memakai kanta lekap menyebabkan dua beradik menjadi tumpuan di media sosial sehingga ke luar negara.
Ziyyad Yusuf Muhammad Zulkarnain, 5, dan adik perempuannya, Zinnira Yasmeen, 3, dianugerahkan sepasang anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan dikatakan diwarisi daripada ibu mereka, Siti Nur Rashidah Mustapa Kamil, 32. Melalui satu hantaran video di akaun Instagram @zulkarnainrosli mendapat sebanyak 4.5 juta tanda suka selain menerima komen daripada rakyat Malaysia serta pengguna dari luar negara. Menurut bapa kepada dua beradik itu, Muhammad Zulkarnain Rosli, 32, anak-anaknya menjadi tumpuan sejak kecil apabila mereka sekeluarga makan di luar. “Sewaktu mereka masih kecil, kami sering makan di luar dan ramai juga yang bertindak menegur dan menyapa kami. “Sehingga adakalanya berasa tidak selesa apabila ada yang bertindak memegang dan bergambar bersama anak-anak tetapi, ia masih terkawal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Muhammad Zulkarnain merupakan seorang penolong pengurus mekanikal sebuah syarikat, manakala isterinya adalah doktor gigi di Hospital Selayang. Ujarnya, warna anak mata dua beradik itu sama dengan ibu mereka. “Isteri saya yang berasal dari Terengganu juga mempunyai anak mata berwarna biru dan ia adalah dikatakan faktor genetik daripada arwah bapanya. Hanya saya yang tidak memiliki kelebihan itu,” ujar Zulkarnain berseloroh dan berasal dari Melaka. -CARI Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 22-12-2022 08:50 AM
Muka mcm cina...bila scroll ke bawah melayu rupanya...mesti darah campuran ni
Suchi replied at 22-12-2022 09:42 AM
Laah patutnya tak perlu masuk berita sbb bebudak tu dpt drpd mak dia yg katanya ada keturunan cmpura ...
sekngucing replied at 22-12-2022 09:51 AM
mata org yg berwarna hitam di belakang sebenarnya biru
jd warna hitam sebab sinaran matahari
Suchi replied at 22-12-2022 10:14 AM
Oh gitu plak ingat ikut kaler rambut,tp budak 2 org ni biru dia mcm kelabu skit.
Cucu jiran mil io ...
sekngucing replied at 22-12-2022 09:50 AM
mcm russia...
ADVERTISEMENT