CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tua Makan Sekali Sehari, Harap Jiran-Jiran Je Bagi Makan- Lima Orang Anak Pergi Mana?

22-12-2022 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2769| Komen: 23

YAN – Sepasang suami isteri di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan di sini, terpaksa mencatu makanan dan adakalanya hanya makan sekali sehari bagi mengelakkan bekalan makanan hasil sumbangan jiran-jiran habis dengan cepat.


Lebih memilukan pasangan itu ada kalanya hanya menjadikan ikan belukang yang dipan­cing di anak sungai di hadapan rumah sebagai sumber protein kerana tidak mempunyai wang untuk membeli ikan di pasar.

Situasi itu dihadapi Ibrahim Ashari, 63, dan isterinya ­Ropishah Abdullah, 58, sejak beberapa bulan lalu bagi meneruskan kehidupan kerana tidak lagi dapat bekerja.


Foto: Kosmo

“Saya mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan melalui perkahwinan pertama dan tidak mempunyai zuriat selepas berkahwin dengan Ropishah 11 tahun lalu,” kata Ibrahim ketika di temui di rumahnya semalam.


Menurut Ibrahim, kehidupannya dahulu tidaklah seteruk ini kerana pendapatannya sebagai nelayan yang mempunyai perahu dan peralatan memukat sendiri boleh menyara kehidupan.

“Kami mula dihimpit kesusahan selepas bot dan peralatan memukat dijual hingga saya hilang punca pendapatan.

“Sejak itu kami hidup susah dan hanya bergantung kepada belas ihsan jiran memberi beras dan bahan dapur untuk meneruskan hidup,” katanya.

Katanya, kehidupan semakin sukar selepas dirinya disahkan mengidap pe­nyakit diabetes dan tidak boleh bekerja berat kerana sering letih menyebabkan gagal menjelaskan bayaran bil eletrik yang telah mencecah RM 2,940.65 dan bil air sebanyak RM 440.

“Malang berterusan selepas menjalani pembedahan membuang kulit tumit ekoran terpijak kaca tiga bulan lalu.

“Saya juga tidak pernah mendapat sebarang bantuan walaupun pernah membuat permohonan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasio­nal (BSN) 0212-5290-0009-4730 atau menghubungi talian ­013-2672188. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 22-12-2022 09:04 AM
Anak depa mana?
Adakah anak depa ada cerita mereka sindiri?

huhuhuh
Quote Samerosie 22-12-2022 09:10 AM
“Kami mula dihimpit kesusahan selepas bot dan peralatan memukat dijual hingga saya hilang punca pendapatan.
____________
Tak faham ayat ni.  Siapa yg jual sampai dia tak boleh bekerja?  Sendiri kah?
Quote Samerosie 22-12-2022 09:10 AM
KamikuP replied at 22-12-2022 09:04 AM
Anak depa mana?
Adakah anak depa ada cerita mereka sindiri?


Dgn wife ni x de anak, cuma anak2 dgn first wife je so mubgkin mcm u ckp ada cerita sendiri.
Quote iman_kasih 22-12-2022 09:12 AM
KamikuP replied at 22-12-2022 09:04 AM
Anak depa mana?
Adakah anak depa ada cerita mereka sindiri?


Depa xde anak..anak hat 5 org tu hasil dari perkahwinan pertama pakcik ni.
Quote ezacbee 22-12-2022 09:17 AM
Anak2 x peduli bersebab kot.
Quote nomie 22-12-2022 09:18 AM
siannya pakcik makcik.. tk kisah la ada cerita silam pun - anak tetap anak.. ambil la tanggungjawab menjaga ibu bapa.. kalau ikut dendam bawa masuk kubur pun tak habis.. bangun nanti kena setel jg..
Quote eyansss 22-12-2022 10:21 AM
adakah anak2 merajuk pak kawen dengan mak tiri?  we do not know kan…  sebab terlalu banyak sangat cerita konon anak tak hiraukan makpak sekali rupanya ada kisah disebaliknya…

ingat, derhaka ni bukan anak pada makayah je…  makayah pun ada derhaka pada anak…  nauzubillah, semoga keluarga dan keturunan kita dielakkan dari terima perkara yang sama…
Quote jiwasemangat 22-12-2022 10:39 AM
Aku suka sangat makan sekali sehari.. dapat diet jaga badan. .and hate if request to eat more.
Nampak badan makcik ni. .macam tak kurus saja..

Quote prince_marhaen 22-12-2022 10:43 AM
...Saya mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan melalui perkahwinan pertama dan tidak mempunyai zuriat selepas berkahwin dengan Ropishah 11 tahun lalu...


Uno reverse? Kena dengar cerita dari side anak pulak. Skrg trend orang tua cerita sedih ni selalunya ada two sides of story sebelum boleh percaya. Hehe. Adakah isteri pertama meninggal? Adakah heols tergila-gilakan makcik ni masa anak dah 5 orang sedang membesar? haa gittewww persoalannya.
Quote zehra2 22-12-2022 10:48 AM
untuk anak.. korang kawinkan bapak dgn mak tiri.. lps tu korang lepas tangan ke?
untuk bapak.. ari tu masa kawin lain,  harta kot ada mcm tanah tapak rumah, tak tukar nama bini baru kan?
Quote midori888 22-12-2022 10:54 AM
Umur 63 bukan lah tua sgt, ada org2 yg meols kenal umur mcm tu masih lagi bekerja. Dia kawen baru masa umur 52. Mesti ada sbb knp anak2 takmo bantu dia.
Quote green~tea 22-12-2022 11:00 AM
Tapi tapi tapi.. aku kang bila anak aku besor keje nnti pun aku takmo ler mengharapkan duit anak... sendiri bina retirement plan lah.... insyaAllah cukup..

Untuk pakcik makcik ni.. semoga kamu berdua murah rezeki ya.. regardless of whatever happen in the past, is actually none of my business, apatah lagi nak doa yang bukan2 utk depa...

semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan
Quote Nnasda53 22-12-2022 11:01 AM
Samerosie replied at 22-12-2022 09:10 AM
“Kami mula dihimpit kesusahan selepas bot dan peralatan memukat dijual hingga saya hilang punca pen ...

Dia terpaksa menjual bot dan peralatan memukat tu sbb dia nak tampung kos kesihatan dia sanya.
Quote Nnasda53 22-12-2022 11:04 AM
Harap anak2 dia baca la kisah org tua depa ni.
Marah ni tak ke mana akhirnya kita akan di persoalkan juga di akhirat nanti.
Jgn sibuk persoalkan si ayah tu kena menjawab masing2 pun kena menjawab juga nanti.
Moga di permudahkan urusan pakcik makcik ni.
Quote arasham 22-12-2022 11:05 AM
Myth org kita kalau kena diabetes kena duduk rehat. Tak boleh bekerja. Sebenarnya bersenam, berkebun, buat kerja2 rumah( berkemas) sangat baik utk penghidap diabetic.
Quote ina_na 22-12-2022 11:12 AM
Ketua kg boleh dah tlg ambik borang jkm..tuk dptkan bantuan warga emas dr jkm..lps tu tlg la isikan bantuan BKM melalui on9..dia org ni under b40 la kan...

Mls nk sentuh bab2 anak..ade banyak kemungkinan..mungkin ms kawin gan acik ni x pedulikan anak2 ms kecik, atau anak2 nk lps tangan mungkin mak deme dah x de,jd kawin Kan abah deme tuk ade org jaga..bukan nk kata semua anak mampu bg duit pocket ke parent...kwn2 kg aku ramai je awal bulan bg duit gaji ke parent..tgh bulan mintak balik..siap mintak berdouble2 mak2 deme ckp..bak kata mak2 deme kalo x memberi tu x menyusahkan parent..Tu lg bagus dr beri lps Tu minta balik dlm kuantiti banyak..tgk kat fb selamba je snap gambo jalan Sana sini gan pasangan masing2,..
Quote sufi^_^ 22-12-2022 12:58 PM
Oh, mak tiri rupanya.

sambunglah sangkaan buruk aku ni...
Quote bottombikini 22-12-2022 01:58 PM
mesti ada story ni
mana bole dengar one side je
Quote Bawang123 22-12-2022 02:56 PM
Edited by Bawang123 at 22-12-2022 03:00 PM
midori888: Umur 63 bukan lah tua sgt, ada ...

Ayah bawang umur 75 tulang belikat tak kuat sebab selalu pikul benih padi dgn baja tapi masih gigih pergi memukat ikan sungai, tanam sayur, tabur baja dan menyulam padi di bendang. Kaki dia terpijak mcm², luka kena cangkul lah, sabit lah..
Anak dah provide cukup pun, masih nak buat semua benda utk sara diri.
Uncle diatas nampak lebih sihat dari ayah bawang. Kenape harap bantuan jiran?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.100474 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top