PETALING JAYA: Kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk 2022 yang akan diumumkan hari ini dijangka lebih rendah, iaitu di antara julat 4.25 peratus hingga 5 peratus, menurut penganalisis ekonomi.
Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, dividen ASB dijangka masih kompetitif dan berdaya saing pada walaupun prestasi pulangan pelaburannya dijangka bercampur-campur. Katanya, ini termasuk prestasi Bursa Malaysia yang mana Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mempunyai pelbagai pegangan saham secara langsung. “Kalau dilihat indek Bursa Malaysia telah turun daripada paras tertinggi 1,603 mata pada April kepada paras terendah 1,378 mata pada Oktober lalu berikutan ketidakstabilan politik.
“Ini kemudian kembali menaiki semula dan ringgit kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Prestasi PNB ini adalah bersamaan dengan institusi pelaburan lain yang menghadapi cabaran untuk mengekalkan pulangan pelaburan seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam. Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid menjangkakan, agihan dividen boleh mencapai kira-kira 4.5 peratus dan bonus sebanyak 0.75 peratus yang menjadikan keseluruhan sebanyak 5.25 peratus. Katanya, perkara tersebut setelah mengambil kira ia sebagai cabaran pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tempoh 100 hari beliau memegang jawatan. “Selain itu, sejak Perdana Menteri menjawat jawatan tersebut juga saham berkaitan PNB juga menyaksikan peningkatan. Walaupun iklim ASB kurang memberangsangkan pada tiga suku pertama tahun ini, saya jangkakan pulangan akan hampir sama dengan tahun lepas. “Selain itu, PNB juga dijangka akan melihat potensi akan datang dan ekonomi yang sedang melantun kembali serta respon pasaran yang positif. Respon pasaran yang positif ini dijangka akan dapat dilihat pada separuh kedua tahun depan. “Faktor Bumiputera dan kos sara hidup yang tinggi ketika juga akan diambil kira untuk pemberian dividen kali ini,” ujarnya. Tahun lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, dengan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion yang memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB. ASNB dijangka mengumumkan dividen ASB bagi 2022 pada pukul 11 pagi hari ini menerusi kenyataan media. – CARI Sumber: Utusan Online
|
green~tea: Hari ni kah announcement nya... semoga menghampiri 5% lah.. aaamiiin...
nurul_akmar replied at 22-12-2022 08:40 AM
Terkini pengumuman tarikh Dividen ASB 2022 akan dibuat pada 23 Disember 2022 hari Jumaat pada puku ...
green~tea replied at 22-12-2022 08:54 AM
Ooohh besookkk... TQ u betulkan..... ala.. ada few info tak tepat ni reporter petik..
Contoh las ...
prettyuglybabe replied at 22-12-2022 10:22 AM
asalkan ada dividen, i ok je..
nama pun simpanan kan..
takde rugi apa pun..
nurul_akmar replied at 22-12-2022 10:17 AM
Astro awani kata hari ni. Kul 11. Tah laaa.. tunggu je kul 11.kalau xde, esok la tu.
prettyuglybabe replied at 22-12-2022 10:22 AM
asalkan ada dividen, i ok je..
nama pun simpanan kan..
takde rugi apa pun..
ADVERTISEMENT