MESKIPUN satu dunia mengenali Ratu Pop ini sebagai seorang yang sangat hebat dalam bidang muzik, namun wanita berusia 54 tahun ini turut memiliki kekurangan. Akui Madonna, dia sebenarnya berasa kurang selesa dan tidak selamat bergelar ibu tunggal. "Sukar saya jelaskan perasaan menjadi ibu kepada dua anak yang sedang membesar. "Selain berhadapan dengan gaya hidup yang diamalkan, saya juga perlu sentiasa memastikan mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya," kata ibu kepada Lourdes, 16, dan Rocco, 12.
|
ADVERTISEMENT