Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.
Jakim dalam kenyataan kepada Harian Metro berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di media sosial yang memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan tertentu. "Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak khususnya melalui penggunaan media sosial yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
"Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah adalah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan," katanya. Sebelum ini tindakan Siti Afifah dan suaminya yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama mengundang pelbagai reaksi warganet. Terbaru, pasangan itu bertindak mengkritik malah mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan yang menegur mereka. Jakim berkata, semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri. "Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. "Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat," katanya. Sumber: Harian Metro |
Lagubestbest: Susu tu netz overreacted. Sah2 la dia quote kitab lama ulama perubatan Islam topik pasal kesan TERLEBIH minum susu. Sedangkan terlebih madu pun tak am ...
ADVERTISEMENT