Oleh : Dean BZ Sejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan gerakan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan saja semakin menular diseluruh dunia malah Malaysia juga tidak terkecuali turut terkena tempias gejala ini. Gerakan cinta dan hubungan sejenis ini lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi di negara kita.
Memang benar, sesetengah negara mengiktiraf perhubungan dan perkahwinan sejenis, namun di Malaysia kita tidak boleh menerimanya kerana ia bukan sahaja ditentang agama, melanggar etika sosial, malah perlakuan itu juga terbukti membawa pelbagai keburukan dan keruntuhan moral dikalangan masyarakat. "Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka” Komuniti gay, lesbian, biseksual dan transeksual (LGBT) kebiasaannya menarik kebanyakan golongan remaja dan mahasiswa untuk menyertai komuniti mereka melalui media baru iaitu rangkaian laman sosial. Baru-baru ini juga negara turut digemparkan dengan isu seorang rakyat Malaysia yang merupakan pelajar perubatan (tajaan Petronas) telah berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara. Sumber foto : akudansesuatuz.blogspot.com Penularan gejala LGBT telah mula mendapat perhatian dunia perubatan dan kesihatan atas inisiatif Persatuan Psikiatri Amerika atau APA melalui satu manual kesihatan dan penyakit mental yang mereka terbitkan. Manual itu dikenali sebagai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders atau DSM. APA ITU LGBT? Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina. Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual. Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual. Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita. Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya. FAKTOR PEMBENTUKAN GEJALA LGBT 1- Pendidikan agama yang cetek 2- Kurang kasih sayang ibu bapa 3- Pengaruh media massa 4- Pengaruh rakan sebaya 5- Trauma masa silam yang "memeritkan" 6- Salah faham terhadap "Takdir" KESAN BURUK LGBT 1- Penularan penyakit HIV AIDS 2- Penyakit Siflis (penyakit seks yang paling biasa) 3- Masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga/matlamat perkahwinan kabur Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan, yang cantik serta kacak agar berkahwin dan memenuhi naluri seks. Ini adalah cara paling sesuai untuk meneruskan generasi suci. Justeru, kegiatan tidak sihat seperti LGBT adalah perkara tidak rasional dilakukan. Walaupun ada pengamal LGBT mengakui mereka ditakdirkan hidup sedemikian, adalah alasan tidak boleh diterima akal. Penyakit LGBT yang membawa fahaman budaya songsang melawan arus ajaran agama dan kemanusiaan merupakan perkara serius yang perlu dibendung dengan segera. Individu, institusi dan kerajaan perlu bekerjasama dalam menghalang penularan LGBT kerana gejala ini bukan saja membunuh keturunan malah memusnah institusi keluarga. Apakah anda mempunyai rakan yang suka kan hubungan sejenis? Jika ada, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk menyelamatkan rakan-rakan seperti ini supaya kembali ke pangkal jalan? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
39
Bagus |
29
Marah |
14
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 replied at 8-9-2015 09:21 PM
kalu ikut akronim kak senah @Changa LGBTQ, aku pun tak tau Q tu stand for what???
alieyrina replied at 9-9-2015 05:29 PM
Ritu tgk hgtv..amboi kapel lesbian n gay duk mncari umah..mati2 aku ingat depa anak beranak ..last2 ...
Bedah.Cun replied at 9-9-2015 05:22 PM
Q stands for Queer lar, bang Kick. Terase profesor diriku ineh
MarcusMok replied at 9-9-2015 05:43 PM
its our life.. no harm.. its also our rights
Bedah.Cun replied at 9-9-2015 09:22 AM
Q stands for Queer lar, bang Kick. Terase profesor diriku ineh
ADVERTISEMENT