CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buang Duit Aje Pergi Tengok Filem Melayu?

8-9-2015 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13151| Komen: 39

Description: Fenomena industri perfileman tempatan dilihat sering terikut dengan trend genre filem yang diminati penonton pada satu-satu masa.


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://malaysiagazette.com/


BAGUS atau tidak? Ada yang berpendapat sesebuah filem itu bagus, mungkin sebaliknya bagi sesetengah peminat. Justeru apakah justifikasi kita kepada sebuah filem yang bagus dan berkualiti? Ini kerana terlalu ramai yang menganggap kebanyakan filem tempatan yang dihasilkan hari ini kurang bermutu.

Ironinya, banyak filem kita yang pecah panggung dan mendapat kutipan berbelas juta ringgit. Jadi di manakah kita meletakkan sasaran bahawa sesebuah filem itu bagus atau sebaliknya kerana ada filem 'berisi' tetapi tidak mendapat sambutan. Sedangkan filem yang 'hampas' mengaut keuntungan berganda.

sumber foto : http://twitchfilm.com/


Fenomena industri perfileman tempatan dilihat sering terikut dengan trend genre filem yang diminati penonton pada satu-satu masa.


Apabila seorang pengarah mengarah filem seram dan mendapat sambutan, maka berduyun-duyun pula menghasilkan genre yang sama. Kalau lebih baik daripada yang pertama, kita boleh terima tapi kalau setakat tangkap muat, amat mengecewakan industri.

sumber foto : http://www.cinema.com.my/


Tema filem tempatan juga dilihat tidak sejagat kerana lebih banyak memberi tumpuan pada budaya masyarakat setempat dan jika ditayang di luar, mungkin penonton tidak faham. Mungkin untuk diselarikan dengan slogan Filem Kita, Wajah Kita.

Tapi itu bukan kekangan kalau pembikin filem bijak memanipulasi isu-isu yang boleh dijadikan intipati cerita yang boleh diterima oleh global.

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Justeru sudah tiba masanya industri perfileman tempatan mengubah landskap dan menghasilkan filem-filem yang bermutu sementara kerajaan kita sudah banyak memberi bantuan dan sokongan.

Jangan kerana terlalu kapitalis untuk mendapatkan keuntungan, kita terus menghasilkan dan mengeluarkan filem-filem seperti kilang biskut.


sumber foto : http://archives.thestar.com.my/

sumber foto : https://upload.wikimedia.org/


Selain industri dan pembikin filem, khalayak perlu juga didedahkan tentang seni. Oleh itu perlu ada program-program untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang seni di stesen-stesen televisyen.

Sekumpulan ahli fikir dan bijak pandai filem (intelligentsia film) perlu diwujudkan untuk melihat arah tuju filem tempatan berdasarkan situasi semasa dan memberi pandangan dan buah fikiran mereka merangkumi muzik, sastera, animasi, filem dan teater.

sumber foto : www.kaskus.co.id

sumber foto : http://www.aswara.edu.my/


Industri kita masih boleh diselamatkan jika ada kumpulan yang berjiwa seni filem yang boleh memberi pendapat bagi menentukan arah seni. 

Slogan sudah ada, apa yang perlu buat hanya mahu merealisasikannya sahaja. 

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dicadangkan menjadi teraju bagi memikirkan jalan terbaik untuk mengubah keadaan. - CARI Infonet



9

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dekmieDandy 8-9-2015 02:01 PM
tp aku x sabar nak tengok Jwanita

nak tengok maya
Quote duri_durians 8-9-2015 02:56 PM
aku pernah tgk KL Gangster, Magika, Skrip 707, Sini ada Hantu Hantu, Misteri Jalan Lama, Hantu KLBR

yg paling membazir Skrip 707. yg lain boleh tahan lagi
Quote sarava26 8-9-2015 03:02 PM
SYARIKAT PINJAMAN WANG BERLESEN
BERDAFTAR DI BAWAH KPKT

SPECIAL OFFER UNTUK BULAN SEPTEMBER
INTEREST BULAN SERENDAH 1.5%SAHAJA
2 MINGGU BAYAR BALIK TANPA FAEDAH
KELULUSAN DALAM MASA 30 MINIT SAHAJA
SEMUA URUSAN DALAM PEJABAT SAHAJA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI LAMAN WED KAMI: http://saravanavel2612.wix.com/pinjaman-peribadi-2u
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON ?
SWASTA
KERAJAAN
BLACKLIST
CCRIS
CTOS

HUBUNGI SAYA HARI INI CALL/SMS/WHATSAPPS/WECHAT: 011-25482889
EMAIL:saravanavel2612@gmail.com
PINJAMAN
Quote shanew3stga1z 8-9-2015 03:57 PM
Film maker kat malaysia kena belajar untuk lebih kreatif kot .. aku tengok cerita asia yang lain, cam cita thai, indon, .. dorg kreatif bbanding malaysian .. bukan nak kutuk, cuma kena lagi kreatif .. or else akan camni sampai bila2 la kot ..

CGI je x guna kalau jln cerita pun haruuuuuu huhu .
Quote dammerung 8-9-2015 04:22 PM
seorang teman rapat non-bumi pernah mengatakan "Majority of Malay doesn't look at film as an art, they look at film as nothing but mindless entertainment, hence most of Malay films are shitty, sorry if that sounds harsh but that is the reality about the relation between your people and modern art"

Pendek kata, Majoriti orang Melayu yang tak suka/akan menonton filem-filem Melayu mengatakan ianya adalah sampah yang tidak beridentiti. Golongan yang suka menonton filem-filem Melayu pula senang dengan pilihan yang ada.

Makanya persoalan yang sepatutnya di angkat ialah kenapa harus diperbahaskan lagi isu filem Melayu bagus dan berkualiti? fighting for it is a dead cause and just let it be...
Quote willow12 8-9-2015 04:51 PM
Iols prnh "bertekak" dgn redza minhat pasal tapping the malay market based on demographic background. Tau tak brp jumpah kutipan the iron man 3 dipanggung seluruh malaysia? It was 45 million ringgit malaysia. Fast 7 was top of the list 54million! This segment yg film maker kena ambik perhatian. Dari jumlah rm45juta tu.. brp percent dtg dari penonton melayu? Mesti lebih 50% kan? Dorang tak reti (tak mahu?) nak strategize on penetrating this market.. asyik2 nak meroyan salahkan penonton pendek akal yg tgk filem2 sampah. Kalau dari sudut pandangan kapitalis, bior la dorang nak tgk citer KL gangster tu pun. Film maker cuba la pikir buat filem cerdik utk org2 cerdik dan berduit.. the middle n upper  class people.. buat promosi dgn bagus.  Stok2 pengarah muda dan berbakat kadang2 ni acah2 indie sgt, takmo pi mainstream konon mcm gila glamer..  ntah apa2.. whatever la tp itu lah hakikatnya. Org2 industri pun tak brp nak bersatu nasib korang lah. Dari bertahun2 sudah dok berforum berdebat sana sini pasal betapa parahnya filem2 local di panggung.. now hadap je lah uolss..
Quote ninja boy 8-9-2015 04:51 PM
film2 melayu berkualiti cuma film2 p ramlee atau ada sedikit zaman mak bapak dulu2, ada sedikit film2, 80 an, 90 an dll. yg zaman sekarang dah x tau mana yg bagus dan terus x tengok.
Quote Athrun.Zalaa 8-9-2015 05:22 PM
Cite melayu kena tgk pengarah dlu la cmne...
Pastu kdg2 telemovie lbh baik dr filem...
Quote MissNigga 8-9-2015 07:51 PM
such a waste kalo non mobie melayu ...
citer tah apa apa ...
Quote spiderman80 8-9-2015 08:13 PM
Lah...filem Tamil lagilah tak best dan tidak realistik lagi merapu tapi ramai saja ummah yang masuh cinema tengok.
Quote kivio 9-9-2015 07:02 AM
Citer melayu layak dimuatturun sahaja.
Nak pi wayang pon meremang.
Quote dammerung 9-9-2015 10:03 AM
willow12 replied at 8-9-2015 04:51 PM
Iols prnh "bertekak" dgn redza minhat pasal tapping the malay market based on demographic background ...

I tak berapa setuju lah dengan statement "buat filem cerdik utk org2 cerdik dan berduit.. the middle n upper  class people.. buat promosi dgn bagus". I merasakan solusi itu sudah di lakukan berulang-ulang kali dan setiap kali ada effort untuk buat filem MELAYU "berkualiti", sambutan pasti tak memberangsangkan langsung. Tak perlu lah nak kasi contoh filem apa, I rasa you sendiri pun tau filem apa yang dimaksudkan.

Begitu juga dengan statement "Stok2 pengarah muda dan berbakat kadang2 ni acah2 indie sgt, takmo pi mainstream konon mcm gila glamer" . Kalau I ialah seorang pengarah filem muda beraspirasi tinggi, I sendiri akan kecewa dengan industri mainstream. Macam mana tak kecewa kalau I cuma boleh bikin filem
a) seram
b) romantik
c) islamik
d) komedi
e) ganster
f) kombinasi mana-mana a) hingga e)

Baik sahaja I pilih untuk buat filem indie yang mana film festivals circuits memberikan pulangan yang lebih menarik. Bukan sahaja filem I akan di tonton oleh global audience malahan kalau beruntung, I akan di sponsor oleh organizer-organizer untuk menghadiri festival-festival filem...dan lebih beruntungnya mungkin juga I akan di beri financial endorsement (oleh kerajaan negara asing) untuk filem "indie" I yang seterusnya. So dengan berbekalkan budget ciput, I boleh "jual" filem indie I ke merata dunia dari buat filem MELAYU mainstream bermodal besar yang hanya akan rugi dan dikutuk oleh bangsa I sendiri...

I juga ingin melontarkan persoalan mengenai industri filem MELAYU yang di katakan kurang bermutu sekarang ini (kalau mengikut artikel di atas tu lah).

Apa yang kurang bermutu sebenarnya? dari apa yang aku lihat, filmmaking business is good. Setiap bulan ada saje filem-filem MELAYU baru yang ditayangkan. Soal kualiti itu subjektif kerana filem-filem tersebut ada target demographicnya sendiri. Filem "Suatu Malam Kubur Berasap 2" semestinya bukan dihasilkan untuk orang-orang yang menonton filem "The Dark Knight Rises".

What is the point of menghasilkan filem MELAYU bermutu dan berkualiti tinggi kalau majoriti penonton pun tak berapa matang nak menghargai karya filem tempatan?

Dan aku tak risau dengan kualiti filem tempatan. Aku yakin dengan kemampuan filmmakers tempatan untuk menghasilkan filem bertaraf world-class kerana sudah ramai penghasil filem MALAYSIA yang berjaya di peringkat global walaupun sekadar di film festival circuits.

Realitinya, filmmakers MALAYSIA yang berjaya di peringkat global sekarang majoritinya ialah BUKAN MELAYU. Yang MELAYU setahu aku cuma ada 3, Alm. Yasmin Ahmad, U-Wei dan Dain Said...sorang dah meninggal lagi 2 dah macam merajuk sebab filem tak laku.

Sekarang ini yang nampak macam savior of industri filem MELAYU ialah KRU. Biarlah orang nak cakap KRU buat filem perasan bagus, poyo sebab nak tiru Hollywood etc etc, but at least they are doing something untuk menaikkan taraf filem MELAYU, walaupun tiada IDENTITI MELAYU dalam filem-filem mereka.

Kesimpulannya, mungkin penghasilan filem berkualiti bukanlah forte bangsa MELAYU. We are just not good at it and will never be. Kita juga harus menerima hakikat bahawa sekiranya FILEM MALAYSIA pertama yang menerima pencalonan Academy Awards for Foreign Films, Cannes Palme d'Or atau Berlin Film Festival Golden Bear Award dihasilkan oleh filmmakers BUKAN MELAYU.
Quote jargon 9-9-2015 11:05 AM
flem best aku perna tgk kt wyg 'kil' 'pisau cukur' 'manisnya cnta capadocia'

yg aku nyesal tgk awk nk kwen gn sy tak erin malik fezrul khan..filem tipikal n smpah sgt..from mig aku banned
Quote shanew3stga1z 9-9-2015 11:25 AM
jargon replied at 9-9-2015 11:05 AM
flem best aku perna tgk kt wyg 'kil' 'pisau cukur' 'manisnya cnta capadocia'

yg aku nyesal tgk aw ...

Majoriti filem2 mig mmg tak berkualiti .. skrip yang asal boleh jek .. dari dia buat filem , baik buat drama jek kalau ceritanya gaya gitu ..



Quote chinta89 9-9-2015 02:20 PM
duri_durians replied at 8-9-2015 02:56 PM
aku pernah tgk KL Gangster, Magika, Skrip 707, Sini ada Hantu Hantu, Misteri Jalan Lama, Hantu KLBR
...

iols tgk Klip 3GP.. gila sampah! dh la belanja adik sempena besday ko byg la betapa kecewa kteorang kua panggung ngn cter bodo mcm tu...
Quote bellaa 9-9-2015 04:35 PM
dah berkurun aku x p tgk cite malay sampah pprt
Quote mzzenma 9-9-2015 04:49 PM
tunggu raya nnt keluaq lah movie kat astro citra segala tu
toksah duk pi buang duit
satni mengamuk2 cerita merepek merapu meraban
Quote enKeladi 9-9-2015 05:47 PM
hemmmmmm jalan cerita sama jer...cuma pelakon jer yang berbeza2
Quote mbhcsf 10-9-2015 05:18 AM
i have no idea film melayu yg i tengok wayang apart from 7 perhentian ni pun ada kawan yg nak tengok  sebab ada erra fazira so i went out with them and knowing depa tak suka tengok english language movies so i tak palah  yg masuk tengok only us  i think ...hahahah hampeh nyer film ni.

seriously u know...yg i ingat yg bagus

jasmin 1 and 2
mekanik okay jugak
ali setan 1  yg 2 tu  hmm okay
fenomena ramona rahman
SELUBUNG  - nice
Paloh

pulangkan hantu maya karin tu - yup that film but i hate the plot - it is stupid

i dunno i dont have any good impression on Malay films bagi i personally film film itu  exploit artis yg good looking but talent - less...just citer depa luaq bidang keje lebih glamour dari mutu dan pencapaian lakonan depa pun...u know selalunya tak kisahlah yg dipuja sekarang ke ape

tapi i masih lihat i tak nampak pelakon yg macam arwah azean irdawathy or fauziah

yg ana mava, ni i nilaikan

if you look at the way they act - you have forgotten for awhile - depa tu fauziah ( ogy ) atau azean

like the way owen wilson act - dalam no escape - you terlupa for awhile dia tu owen wilson yg sellau berlakon citer yg  lawak ringan etc but now in that serious film dia berjaya jadi watak tu

lagi satu contoh

u lupa matt damon is matt damon when he was Jason Bourne...

u know...that sorts of skills ...sebab ntahlah...


apa lagi tema - it is okay nak buat film yg skema tapi garapan idea, plot lines  mesti  best

macam GRAVITY?

perluke - paparan wanita cantik? perlukan adengan  yg tak soleh ?
tak pun, kan?

tapi kekuatan pelakon dan the way they developed the concept tu

lagi satu kan idea org putih ni diambil dari bebenda dalam pandangan dunia mereka tentang  masyarakat, sejarah

even citer fiksyen berunsurkan fictional history pun boleh jadi film - plus - depa memang ada tradisi kesenian yg mencakupi pelbagai sudut kehidupan dari lukisan sampai gardening

i tengok kekadang citer depa ni simple je  tapi ada support ada idea dan ada kepakaran teknikal dan akademik tu yg bagus

just tengok a little chaos - citer ni tak lah bagus sangat tapi idea dia i tertarik sebba simple citer tentang tukang kebun diraja je zaman awal pertengahan renaissance ...sebelum 1789 - era after 1789 king perancis semua tak ada dah...semua kena pancung bagai habis dah

just depa garapkan elemen sejarah , mainkan sikit manipulasi karektor - nah kau...satu citer yg agak menarik...dan dapat support from horticulture society pun

u see? kekadang i tak tahulah kenapa org kita tak boleh buat ini?

sebab may be - di barat  ada pakar - nak aspek sejarah - depa ada pakar , teknikal - depa ada pakar or penasihat lagi...

tapi kita limited kot

sorry lah sebab harsh comment

inception - a good film

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top