CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Taasub Jadi Popular Dan Kaya, Aisar Khaled Baru Tahu Bukan Benda Buruk Je Boleh Jadi Kandungan

19-12-2022 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1333| Komen: 6

Nama pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon Aisar Khaled, 21, seakan sinonim dengan kontroversi.

Dihimpit pelbagai kontroversi gara-gara kandungan dalam saluran YouTube yang disifatkan 'tidak bijak', Aisar akur kesilapan yang pernah dilakukan.



IG Aisar

Bermula kecaman hebat ketika menziarahi pusara penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sambil menawarkan hadiah wang tunai buat pengikut, Aisar sedar kesilapan diri, lantas memadamkan kandungan yang dianggap sensitif daripada saluran YouTube miliknya.

Seterusnya, kontroversi dicetuskan tidak pernah padam apabila Aisar dikecam bersolat dalam gimnasium, bengkel dan depan stesen minyak sehingga netizen mula mual dan jelek dengan sikapnya yang dianggap 'lapar perhatian'.


Seakan kalis kecaman, Aisar bikin kontroversi lagi apabila menayangkan bongkahan wang RM1 diletakkan bersepah-sepah dalam rumah.

Aisar mendakwa membeli rumah bernilai RM1 juta, namun, kantoi apabila rumah itu bukan miliknya, sebaliknya disewa.

Namun, pelakon filem Chadelier, Gila Gusti, Hantu Kelima dan Lelaki Lingkungan Cinta seakan-akan sepi kontroversi, sejak akhir-akhir ini.

Bertemu jejaka kacukan Melayu-Jordan pada sidang media kedua dan pengumuman calon Top 5, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM 32), Aisar berkata, dia kini lebih memberikan fokus kepada kerja amal.

Mengakui kesilapan dilakukan didorong darah muda, Aisar berkata, dia tidak suka berfikir panjang dan hanya memikirkan 'audiens' untuk media sosial sehingga mendorongnya melakukan perkara dilihat kurang bijak.

"Sebagai pencipta kandungan, apa yang diinginkan untuk dikenali dan menjadi popular. Bila nama dikenali, mudah buat duit apabila ditawarkan membuat ulasan produk untuk jenama terkenal, kempen dan sebagainya.

"Akibat terlalu taasub menjadi popular dan kaya, ia membuatkan saya alpa sehingga segala benda hendak dijadikan kandungan tanpa memikirkan impak. Akhirnya, memakan diri saya.

"Saya terima teguran netizen untuk dijadikan iktibar. Sekarang, baru saya sedar benda baik pun boleh dijadikan kandungan, bukan benda buruk sahaja.

"Mungkin dahulu saya masih baru dan teruja dengan perhatian sehingga sanggup 'memperbodohkan' diri sendiri," katanya.


IG Aisar

Justeru, Aisar menasihat pencipta kandungan yang baru hendak berjinak-jinak dalam media sosial supaya berhati-hati mencipta kandungan dan elakkan melakukan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti.

Katanya, tidak semestinya kandungan kontroversi boleh menjadikan seseorang popular, tetapi kandungan baik juga boleh menaikkan nama seseorang.

Biarpun namanya sudah semakin dikenali, namun, Aisar masih lagi melakukan ulasan produk, malah tidak kisah membantu produk kecil.

Menafikan kehidupan semakin senang, Aisar berkata, dia masih menerima tawaran membuat ulasan untuk produk kecil kerana tidak mahu bersikap tamak, lantaran tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Walaupun sibuk penggambaran dan kerja lain, saya masih menerima ulasan produk kecil. Bukan apa, saya tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan.

"Saya tak mahu dilihat berlagak tidak mahu terima 'job' kecil. Kita tak apabila tiba sesuatu berlaku, saya pula yang dituduh terhegeh-hegeh mencari tawaran kecil," katanya.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 19-12-2022 09:10 PM
Tolong jadi bodoh lg please… Sbb iols rase sunyi sbb org bodoh lain plak muncul. Kami perlukan hibutan bodoh yg xbrape nk berakal.
Quote OyenLemas 19-12-2022 10:26 PM
tak berapa berkenan dgn dia ni
Quote shernazz 20-12-2022 09:13 AM
Gambo fefeling street model tu tak cun langsung..
Mcm pelik je....
Quote cikatilia 20-12-2022 09:51 AM
seluar tu jijik
Quote KamikuP 20-12-2022 10:27 AM
Mohon jgn kawen dan membiak yaaa (dan juga utk influenza perangai mcm budak ni)
Quote totokreturn. 20-12-2022 12:47 PM
teringat dia ni, teringat duit singgit simpan dalam peti sejuk

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038099 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top