CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadikan Anak Tebusan Sebab Rindu Bekas Isteri

19-12-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 736| Komen: 1

Seorang bapa yang penuh emosi nekad menjadikan anak perempuannya sendiri sebagai tebusan dalam kejadian di sekolah di daerah Nang Rong di wilayah Buriram.

Namun kejadian meruntun hati itu berlaku selepas Kong, 35, sebenarnya hanya mahu melepaskan rindu dengan anaknya serta berusaha kembali menawan hati isterinya selepas mereka berpisah atas permintaan wanita itu.



Sebelum kejadian guru melaporkan bahawa terdapat dua lelaki, seorang membawa kotak pizza berhenti di pengawal keselamatan di pagar yang memaklumkan mahu memberinya kepada anak perempuannya.

Selepas pemeriksaan, pengawal keselamatan mendapati dakwaan Kong adalah benar dan memberi keizinan masuk ke dalam sekolah.

Guru membenarkan Kong bercakap dengan anaknya di dalam kelas ketika waktu rehat dan tiba-tiba lelaki itu menangis dan merintih berhubung masalah keluarga sambil memeluk anaknya dan dilihat murid lain.

Ketika Kong sedang menangis, anaknya itu berkata, "Ayah, saya tidak mahu mati,".

Kata-kata itu menyebabkan gurunya bimbang dan mula mengosongkan kelas serta menghubungi Balai Polis Nang Rong.

Anggota polis bergegas ke sekolah dan berjaya mengawal dan menahan Kong dan tiada guru atau pelajar cedera dalam kejadian itu.

Ketika di balai polis Kong memberitahu bahawa Wan iaitu isteri yang dikahwini 11 tahun lalu meminta cerai.

Kini mereka sudah berpisah sejak 6 bulan lalu namun Kong merinduinya dan mahu memenangi hatinya kembali.

Kong berkata dia hanya bersedih dan tidak merancang untuk menjadikan anaknya tebusan atau menyakiti sesiapa dan berharap bekas isteri memaafkan dan kembali pangkuannya.

Sementara itu, Wan memberitahu polis Kong cuba menembaknya dengan pistol tiga hari lalu.

Bagaimanapun, Kong menembak dirinya sendiri di tangan dan menurut Wan, tiada peluang untuk mereka berdamai kerana bekas suaminya sering mabuk serta berkelakuan agresif.

Wan pernah beberapa kali menasihatkan Kong untuk berubah tidak diendahkan jadi dia ambil keputusan untuk menuntut cerai.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raxief 19-12-2022 12:51 PM
kesian....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.245721 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top