SAUDARA PENGARANG, Kerjaan baharu diharap memahami keperluan penduduk Semenyih, Selangor untuk memiliki sebuah hospital di daerah tersebut.
Semoga Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan sedia ada cakna berbanding banyak kerajaan terdahulu dan bersedia untuk merealisasikannya. Keperluan sebuah hospital dibina di Semenyih bagi menampung populasi penduduk yang semakin bertambah adalah berasas. Pembinaan Hospital Semenyih sejajar dengan begitu banyak kawasan perumahan baharu kini dibuka sehingga ke Beranang. Hospital terdekat untuk penduduk Semenyih adalah Hospital Kajang yang semakin sesak dengan jumlah pesakit.
Sejak saya berpindah ke Semenyih pada tahun 2007 telah mendengar cerita mengenai Hospital Semenyih bakal dibina di kawasan Broga. Barangkali Menteri Kesihatan baharu dapat meneliti semula cadangan berkenaan yang tentu akan memanfaatkan penduduk Semenyih dan kawasan sekitarnya. ORANG KUAT Semenyih Selangor Sumber: Kosmo
|
Omai replied at 19-12-2022 12:53 PM
hospital kajang ni pun kalau boleh naik taraf la... rase macam dekat ceruk hulu banat kalau masuk ho ...
Suchi replied at 19-12-2022 04:08 PM
Dah ada sepital baru tak jauh ngn umah “sementara” bossku.
Projek tu dia gak yg luluskan masa ta ...
ADVERTISEMENT