Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar telah membuka mata orang luar mengenai keindahan budaya Arab serta Islam yang menjadi agama rasmi di negara itu.
Kebanyakan pengunjung khususnya dari negara Barat turut memuji layanan luar biasa yang diterima serta gaya hidup yang menjadi kebiasaan buat masyarakat di sana. Seorang individu dikenali sebagai David Vujanic turut meluahkan rasa kagum dengan sistem tandas di Qatar yang dikatakan jauh berbeza dengan negara asalnya. "Saya dah menggunakan paip air dalam tandas sepanjang sebulan berada di Qatar. Saya betul-betul rasa teruk kami hanya menggunakan tisu tandas di United Kingdom (UK) atau Eropah. Terbaiklah ada benda ni," ujarnya. Tweet itu kemudiannya dibalas oleh seorang wanita yang turut berkongsi pengalaman sama ketika berkunjung ke negara Arab dan Malaysia. "Selepas melawat Arab dan Malaysia, saya dah dapatkan benda ni ketika membuat renovasi bilik air saya," tulis Anana Anana. Dia turut berkongsi sekeping foto memaparkan paip air di dalam tandas kediamannya, sama seperti tandas-tandas di Malaysia. Perkongsian dua individu itu kemudiannya tular dan turut menerima pujian daripada rakyat Malaysia. Pada masa sama, ramai yang turut meninggalkan komen sinis dan menganggap mereka ketinggalan zaman. "Rakyat Malaysia di sini. Membesar dengan benda ini, saya tak boleh bayangkan kalau hanya guna tisu tandas. "Jadi benda ni tidak ada di Eropah? Ya tuhan bagaimana saya nak hidup kalau punggung rasa melekit? "Bagus lepas ni invent banyak-banyak, senang nak 'cebok' kat sana. "Malaysia dalam era penjajahan moden, mengajar dunia Barat supaya memasang bidet dalam tandas mereka. "Mereka kena try pakai gayung dulu baru upgrade ni," tulis beberapa individu berseloroh. Selain itu, netizen turut berjenaka dan memberi cadangan supaya mereka membeli paip jenis getah yang sinonim dengan tandas kediaman di Malaysia. -CARI Sumber: mStar Online
|
kakikuDibibirmu replied at 19-12-2022 10:10 AM
Selama 40 tahun Nabi Mohammed S.A.W. selet lubang jubo guna tiga jibik batu, hanya selepas berhegira ...
swimswim replied at 19-12-2022 10:30 AM
Ummah kokesen pun suka guna air. Malangnya ada mall dkt pj ni, takde paip pulak kononnya spy tak nak ...
sekngucing replied at 19-12-2022 11:18 AM
aku hairan kenapa.melayu kutuk org guna tisu...taktahu hukum stinjak ke
mesmerize replied at 19-12-2022 11:26 AM
toilet bum shower katanya
Ah_Kwan replied at 19-12-2022 11:45 AM
keh keh keh
inilah kebongokkan ummah liberal....
sekngucing replied at 19-12-2022 12:23 PM
bila masa aku liberal
cebok tu sejenis bekas utk tuang air..bukan sejenis proses
ADVERTISEMENT