Seorang lelaki di Moscow, Rusia maut selepas cuba memecah masuk ke dalam apartmennya sendiri kerana tertinggal kunci, lapor akhbar Daily Star semalam.
Lelaki berusia 49 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu tertinggal kunci rumah di dalam apartmennya, lapor media tempatan. Akhbar MK melaporkan kejadian itu berlaku pada Khamis lalu selepas lelaki itu pulang daripada membawa anjingnya bersiar-siar. Apabila sampai di pintu masuk apartmennya, lelaki itu menyedari dia terlupa kunci. Dia meminta kebenaran jiran untuk memanjat balkoni tingkat empat mereka untuk ke flatnya di bawah.
Akhbar itu melaporkan bahawa mangsa kemudian menghubungi rakan dan memintanya membawakan kabel kereta. Dia kemudian mengikat tali itu di pinggangnya dan memanjat balkoni, manakala jirannya memegang hujung satu lagi. Ketika cuba memanjat, lelaki itu didakwa tercekik oleh ikatan tali tersebut. Dia terjatuh namun tergantung di paras tingkat tiga kerana tali itu tersangkut pada bingkai tingkap. Dia mengetuk tingkap di tingkat tiga itu beberapa kali namun tiada jawapan. Saksi kemudian menghubungi anggota penyelamat, manakala dua lelaki berlari masuk ke dalam apartmen untuk membantu pemilik pangsapuri itu menahan mangsa yang tergantung sebelum penyelamat tiba. Mangsa bagaimanapun secara tragis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh perkhidmatan kecemasan. Sumber: Kosmo |
bulanbulat replied at 19-12-2022 12:02 AM
Terjerut? Tercekik? Hapo?
edayildiz replied at 19-12-2022 03:18 AM
rip..bahaya ni..i selalu terlupa kunci tp mmg idok la nk panjat..tingkat 23
SalenaGomez replied at 19-12-2022 12:14 AM
Hahahaha tersedak SG baca komen bulan
Yelah yg mana 1 kan
AbukRokok replied at 19-12-2022 06:59 AM
pasang ni kat sebelah pintu grill
atau pasang lock pintu jenis digital tp tkut blackout pulak
raxief replied at 19-12-2022 01:39 PM
smartdoor lock yg digital tu ada bateri kan utk standby
sama mcm autogate gak, hybrid. electric + ...
AbukRokok replied at 19-12-2022 02:12 PM
ohhh ada bateri standby eh
aku pasang box je.... dan ada cctv
ADVERTISEMENT