Noorliyana Najwa memuat naik video bapanya dengan kapsyen berharap bapanya, Datuk Seri Najib Razak terus bersabar dan menjalani ujian dengan kekuatan dan kesabaran yang luar biasa.
Sebagai anak, beliau cekal menunggu sehingga tiba masanya bekas Perdana Menteri itu untuk berjuang semula. “Tak mengapa. Jika mereka tak sudi terima. Dunia mencemuh. Tidak menjadi beban. Dia hanya manusia biasa, Namun, hatinya itu sendiri yang luar biasa. “Sabarlah sebentar daddy, jalanilah ujian ini dengan kekuatan dan kesabaran yang luar biasa. Yana hanya mampu terus berdoa untuk daddy,” demikian luahannya dalam hantaran TikTok.
Menerusi ruang komen, netizen turut bersimpati dengan dugaan besar yang dihadapi Najib dan ramai dalam kalangan mereka menghargai sumbangan serta usahanya membantu rakyat semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International manakala semakan kehakiman kes tersebut dijadualkan bermula bulan depan. Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. Sumber: MalaysiaGazette |
sharlenetexas replied at 17-12-2022 02:52 PM
Dengar gosip katanya kakmah tak melawat pun tokjib kat penjara?
sharlenetexas replied at 17-12-2022 02:52 PM
Dengar gosip katanya kakmah tak melawat pun tokjib kat penjara?
sharlenetexas replied at 17-12-2022 02:52 PM
Dengar gosip katanya kakmah tak melawat pun tokjib kat penjara?
edayildiz replied at 17-12-2022 04:56 PM
husnudzon jer la..najib xbg melawat kot
ADVERTISEMENT