Guiness World Records melakar nama warga Iran, Afshin Esmaeil Ghaderzadeh sebagai lelaki terpendek di dunia. Afshin, 20, memperoleh gelaran itu, dengan ketinggian 2 kaki 1.68 inci (65.24 sentimeter/sm), lapor Daily Star.
Terdahulu, rekod lelaki terpendek dipegang oleh Edward Niño Hernandez dari Bogotá, Colombia yang berketinggian 2 kaki 4.38 inci (72.1sm). Afshin dilahirkan di sebuah kampung terpencil di daerah Bukan, Azerbaijan Barat di Iran dan kehidupannya bukan sen, dan kehidupan tidak selalunya mudah. Rumah yang didiaminya sederhana, dan walaupun keluarganya bekerja keras, mereka kadang-kala bergelut untuk menyediakan perbelanjaan sara hidup, ubat-ubatan dan rawatan yang mencukupi. "Hanya berfikir untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Guinness World Records seperti mimpi. Saya kadang-kadang sukar untuk mempercayainya. Ia seperti anda bangun keesokan harinya dan seluruh dunia kini tahu siapa anda. Itu ajaib," kata Afshin. "Saya suka perhatian yang saya dapat daripada orang. Ia membuatkan saya berasa istimewa. "Impian saya ialah dapat membantu ibu bapa saya. Pengiktirafan global ini mungkin membantu saya mencapai impian saya," katanya lagi. Sumber: mStar |
cicicumel replied at 17-12-2022 11:33 AM
Byk persoalan bermain di pikiran saya... Humm..
Buritan replied at 17-12-2022 09:20 PM
Kote dia pendek jgk la kan
pooh~key replied at 17-12-2022 09:22 PM
Kohkohkohkohkoh, sis burittttt….
ADVERTISEMENT