CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pahang Tutup Semua Tapak Perkhemahan Berhampiran Sungai, Lereng Bukit Dan Air Terjun

17-12-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2378| Komen: 33

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi termasuk di lereng bukit dan air terjun mulai Jumaat sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


JKNP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu melibatkan semua tapak perkhemahan yang diuruskan jabatan itu dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.

Langkah itu diambil susulan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.


Penutupan itu melibatkan semua tapak perkhemahan yang diuruskan jabatan itu dan pihak operator swasta seperti di Taman Eko-Rimba Lubuk Yu, Maran dan Taman Eko-Rimba Parit Falls, Cameron Highlands.


Ia juga mengambil kira ramalan hujan lebat berterusan yang dikeluarkan di negeri ini.

JKNP sebelum ini telah mengeluarkan notis penutupan semua Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan pendakian dan semua jenis aktiviti ekopelancongan serta rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal yang diuruskan jabatan itu mulai 1 November lalu susulan musim tengkujuh.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) juga mengeluarkan arahan untuk menangguh sebarang aktiviti di kawasan berisiko.

Ia susulan ramalan cuaca buruk yang dijangka melanda sebahagian kawasan di negara ini sehingga 20 Disember depan.

MBK dalam kenyataannya berkata, arahan penangguhan aktiviti itu melibatkan kawasan berisiko termasuk di kawasan cerun, pantai dan kawasan kepala air.

"Sebarang aktiviti perkhemahan, sukan, rekreasi dan aktiviti air di kawasan itu perlu ditangguhkan.

"Orang ramai, pengusaha pusat rekreasi serta penganjur aktiviti rekreasi hendaklah mematuhi arahan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-12-2022 10:14 PM
Bagus.. sebab ramai jer yang tak paham bahasa..
Quote eyansss 17-12-2022 10:17 PM
Perawankota replied at 17-12-2022 10:14 PM
Bagus.. sebab ramai jer yang tak paham bahasa..

harapnya takde yang pecah masuk macam recent news...
Quote sharlenetexas 17-12-2022 10:24 PM
Camping kat padang sekolah ajelah (yang selamat).

Night at the museum.

Night at school (tapi jgn kacau sekolah jadi pps).


Quote mejaputih 17-12-2022 10:26 PM
Aktiviti pembalakan xnak tutup sekali ke?
Quote edayildiz 17-12-2022 10:28 PM
sapa tgk yg khairulnameng post tmpt yg dorg pergi.mcm lebih kurang gini jgk..tmpt tmpt yg menghayati keindahan waterfall gitu..br planning nak perg
Quote awanearisu 17-12-2022 10:55 PM
Selain Pahang, di berita tadi melaporkan Johor turut berbuat demikian.
Quote PetitionWriter 17-12-2022 11:06 PM
kalau negeri lain

isu balak haram halal mesti 10 page

kalau negeri Selangor ditadbir majikan DAP korang tanah runtuh

senyap je isu tapak tak berlesen ni

dasar penjilat taik kering majikan bangsa DAP rasuah korang ni

isnin ni masuk keje mcm biasa pukul 8 setengah k.. balik pukul 6

kohkohkohkohkohkohkohkoh
Quote Skuau 17-12-2022 11:12 PM
Edited by Skuau at 17-12-2022 11:29 PM

igt kes tembak pegawai Ambank...pas kes tu nmpk beroya bebenor kata xde lg/x boleh lg amik..pengawal keselamatan selain warga tempatan dan nepal.Tiber..aritu kuar berita  PENGAWAL KESELAMATAN WARGA PAKISTAN mati tersepit.'Hangat2 taik ayam bebenor'....Mari kita tgk KES yg ni pulok..pas setaun dua....
Quote kechikchomel 17-12-2022 11:14 PM
sharlenetexas replied at 17-12-2022 10:24 PM
Camping kat padang sekolah ajelah (yang selamat).

Night at the museum.

Zaman iolss dulu memang ktorg camping kat sekolah je. Ada pasang khemah, tapi tidur dalam kelas. Kebetulan lak masa tu musim hujan
Quote iman_kasih 17-12-2022 11:16 PM
Molek la gitu sebelum ada lagi kejadian yg x diingini berulang.
Quote iman_kasih 17-12-2022 11:17 PM
kechikchomel replied at 17-12-2022 11:14 PM
Zaman iolss dulu memang ktorg camping kat sekolah je. Ada pasang khemah, tapi tidur dalam kelas. K ...

Aik..ni macam sama je dgn iols masa sekolah rendah dulu..
Quote edoraixora 18-12-2022 12:47 AM
Dah boleh wartakan supaya setiap tahun pun macam ni...hujung tahun musim tengkujuh tutup semua tempat2 tu
Quote airfilterkotor 18-12-2022 01:26 AM
eyansss replied at 17-12-2022 10:17 PM
harapnya takde yang pecah masuk macam recent news...

Kena pacak abam² polis dengan Rela kat lokasi, baru ada akal.
Setakat pasang banner larangan, memang di mehhh kan ajer la.
Quote ninja boy 18-12-2022 01:45 AM
Agak2 x boleh tukar sistem sekolah cuti panjang bulan 4, bulan 12 cuti pendek
Quote airfilterkotor 18-12-2022 01:56 AM
Pahang Johor ni... negeri dibawah lindungan DAP ka?
Quote airfilterkotor 18-12-2022 02:00 AM
ninja boy replied at 18-12-2022 01:45 AM
Agak2 x boleh tukar sistem sekolah cuti panjang bulan 4, bulan 12 cuti pendek

Bulan 4 takleh, equinox.
Garisan khatulistiwa tropika tegak dengan matari. Panas berdengung.
Quote ina_na 18-12-2022 03:05 AM
Pahang ni musim hujan2 gini bukan nk ckp pe la..standby je la..rumah mak aku tu nampak gaya nye banjir lg..rumah mak saudara aku Tu pulak mau runtuh bukit belakang rumah dia tu..tgk bertahun2 gitu gak..X de pun usaha nak tambah ke ape ke..tunggu je la Sg Semantan melimpah ke x..

Aku cadangkan tutup je 1 Malaysia ni dl.. bukan pe kesian Pokcik Dan adik2 Bomba jpam nk neno2 kesana kesini menyelamatkan mangsa bencana Alam..kalo rumah banjir terpaksa angkut p kwsn selamat tu blh diterima lg..nk p air terjun,p hiking,p camping..Kalo jd pe2 Kan mslh ke pastikan penyelamat..Lg kesian Kalo pe2 terjadi ke anggota penyelamat mcm arwah Adib Dan 6org anggota Bomba yg terkorban demi menyelamat mangsa..
Quote ipanimanz1 18-12-2022 03:16 AM
tutupla skli CH tu..tgk duk buat kebun lereng2 bukit tu nmpak seram semacam...xtau kadar kstabilan tanah kat situ mcm mna...makin lama,makin byk naiknya
Quote faraway1 18-12-2022 04:07 AM
Macam biasa dah meninggal reramai baru nak ambil action..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058863 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top