CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Maut Tercampak Keluar Dari MyVi

15-12-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1871| Komen: 16

Dua lelaki yang tercampak keluar dari kereta Perodua MyVi yang terbabas sebelum merempuh sebuah trak pikap di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa semalam.


Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu menyebabkan pemandu Mohd. Nurhisyam Hilmi Abdul Rahim, 37, dan penumpang hadapan, Mohd. Zulkanain Aziz, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


Keadaan Perodua Myvi terbabit kemalangan di Kilometer 56, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Ladang Serasa di Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi penumpang menaiki kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Gua Musang.


Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.

“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap Toyota Hilux dinaiki empat mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kereta sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Katanya, mayat mereka dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Penumpang belakang Perodua Myvi yang turut tercampak keluar ke sebelah kanan jalan mengalami kecederaan pada kepala manakala seorang penumpang pikap turut cedera di bahagian sama. Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 15-12-2022 01:47 PM
salam takziah


myvi kan king.. patot perodua turun kan aje had laju keta myvi ni ke 110km/jam ikut std had laju hiway

yg bawak tu smer darah muda, tak padan keta tin milo,, tu yg terbang sana sini
Quote mizzmimi 15-12-2022 01:52 PM
Innalillah..

Tak pakai seatbelt ke sume tu tercampak masing2.. pakailah seatbelt mengkomer untuk keselamatan.. kot maibi tak terbang, orang dalam maibi yang terbang
Quote prettyuglybabe 15-12-2022 02:17 PM
bila seatbelt jadi hiasan..
Quote supernaturalee 15-12-2022 02:20 PM
3 forummer kt atas semua avatar kucing

kucing mendonia di cari


Quote cmf_premierleag 15-12-2022 02:25 PM
supernaturalee replied at 15-12-2022 02:20 PM
3 forummer kt atas semua avatar kucing

kucing mendonia di cari

ni presiden kucing masuk mencemar duli lak
Quote sangbara2020 15-12-2022 02:29 PM
kot ditolak atau tunggu trak tarik mgkin xmati....
Quote pekanwoohoo 15-12-2022 02:51 PM
sangbara2020 replied at 15-12-2022 02:29 PM
kot ditolak atau tunggu trak tarik mgkin xmati....
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum pemandunya mengawal kereta untuk naik semula ke atas jalan raya.


“Ekoran keadaan yang tidak terkawal, kereta itu merempuh sebuah pikap Toyota Hilux dinaiki empat mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nak tunggu trak tarik macamana? Benda ni kan berlaku sekelip mata, bukannya kereta diorang rosak tepi jalan. Mungkin bawak laju masa tu, dengan mengantuk lagi.
Quote supernaturalee 15-12-2022 03:32 PM
cmf_premierleag replied at 15-12-2022 02:25 PM
ni presiden kucing masuk mencemar duli lak

aaaaaaaaaa
presiden kucing nyer mengeringai seghammm



Quote Decaffeinated 15-12-2022 04:37 PM
buat apa pukul 2 pagi pergi Gua Musang naik MyVi?

Quote KamikuP 15-12-2022 05:53 PM
Myvi pikap dia mmg tak bole bawak bincang
Quote Flake123 15-12-2022 06:49 PM
Gelapnya jalan
Quote shernazz 15-12-2022 07:59 PM
supernaturalee replied at 15-12-2022 02:20 PM
3 forummer kt atas semua avatar kucing

kucing mendonia di cari

Siot
Terus iols naik atas balik tengok avatar.forumner
Quote ultra78 15-12-2022 08:10 PM
Jalan Kuala Krai - Gua Musang ni memang stretch yang paling membosankan jika memandu dari KL-KB. Jauh pulak tu. Kalau travel belah malam memang gelap gelita
Quote supernaturalee 16-12-2022 04:20 AM
shernazz replied at 15-12-2022 07:59 PM
Siot
Terus iols naik atas balik tengok avatar.forumner

Kan kan kannnn


Quote imransulaiman 16-12-2022 05:12 AM
Laju dan tak pakai seat belt

Aku kalau drive 100 lebih sikit pun dah fikir ke lain...walaupun drive sensorang
Quote shernazz 16-12-2022 06:05 AM
supernaturalee replied at 16-12-2022 04:20 AM
Kan kan kannnn

Tajam mata uols memerhati

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048838 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top