CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kembar' Shuib Pegawai TLDM Rupanya, "Tak Sangka Dia Nak Jumpa Saya"

9-12-2022 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3795| Komen: 21

"Memang rakan selalu usik cakap wajah saya seperti Shuib tetapi saya tak ambil serius sangat sebab itu cuma gurauan.

"Tetapi kali ini tak sangka pula gambar saya akan tular hingga mendapat perhatian ramai termasuk Shuib sendiri," kata Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim.


Mohamad Khairul Anuar, 35, yang juga anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 adalah individu yang tular apabila wajahnya dikatakan seiras pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Foto: IG

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari gambarnya tular di Facebook (FB) selepas dimaklumkan isteri dan beberapa rakan.

Menurutnya, dia kemudiannya membaca setiap komen di FB berkenaan yang menyamakannya dengan Shuib, namun tidak membalas komen itu kerana menganggap ia adalah perkara biasa.



Foto: via Harian Metro

"Selepas itu ramai pula yang beritahu Shuib sudah memuat naik hantaran di Instagram (IG) dan mencari saya. Saya sudah menghubunginya melalui IG isteri kerana saya tiada akaun IG.

"Kemudiannya produser sebuah stesen radio ada menghubungi kami dan mencadangkan tarikh dan masa untuk berjumpa Shuib di konti.

"Kebetulan tarikh itu sama dengan perancangan saya mahu membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur. InsyaAllah kalau diberikan kesempatan dan masa terluang kami akan bertemu," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, niatnya mahu berjumpa pelawak itu kerana untuk meraikan jemputan Shuib selain pertemuan itu boleh mengeratkan silaturahim.


"Saya juga 'layan' lawak Sepahtu dan tonton program mereka. Tak sangka juga Shuib sendiri yang mahu bertemu dan menghargai jemputan itu," katanya yang kini sedang bercuti di kampung halaman di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bercerita lanjut, Mohamad Khairul Anuar berkata, sebelum ini ada keluarga isterinya memberitahu wajahnya seiras Shuib, malah rakan juga kerap mengusik, malah pernah memanggilnya Shuib.

Katanya, gambar yang tular itu dirakam ketika perbarisan dan mungkin sudut gambar diambil jurugambar dan kerutan wajahnya kerana cuaca ketika itu menyebabkan wajahnya seiras Shuib.

"Saya tak mahu bandingkan wajah sama seperti siapa pun tetapi kalau orang yang komen itu pada saya adalah pandangannya dan saya hormati.

"Saya tak kisah jika mahu komen atau bergurau asalkan ia tidak mengganggu sensitiviti sesiapa," kata pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.

Terdahulu, gambar pegawai tentera itu mendapat perhatian netizen dan tular kerana seiras Shuib, malah pelawak itu turut memuat naik hantaran serta meminta pengikutnya membantu mencari lelaki itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-12-2022 05:47 PM
xde la sama sgt yg baju itam tu..
Quote Fly_over 9-12-2022 05:49 PM
tabib kwon pn mcm soeb.
Quote prince_marhaen 9-12-2022 05:57 PM
Memangggg..asalkan dapat buat content kan.. boleh lah kumpooolllll semua wajah iras retis, iras lopak, iras pajura, iras ratu, iras sapeeeeeee lagiii!!!!
Quote immaryjane 9-12-2022 05:58 PM
Fly_over replied at 9-12-2022 05:49 PM
tabib kwon pn mcm soeb.

Choii, tabib kwon putera, samirah ni apo?
Quote Fly_over 9-12-2022 07:44 PM
immaryjane replied at 9-12-2022 05:58 PM
Choii, tabib kwon putera, samirah ni apo?

kekekeke.. soeb pelawak hahaha..
Quote bayan_nuri 9-12-2022 07:56 PM
baik sungguh abang ni nak raikan jemputan siap nak eratkan silaturahim...

padahal soeb hauk tu cuma nak buat content
Quote azimie 9-12-2022 08:19 PM
Malbatt tu bukan kaleng2..
askar yg berkhidmat kat luar negara utk misi2 khas kot....
Quote nylliette 9-12-2022 08:28 PM
wow hebat tu malbatt. tapi kesian la elok2 punya tegas air muka abg malbat tu jadi lawak plak bila disamakan dgn soeb. choi
Quote alieyrina 9-12-2022 08:33 PM
Tak payahla jumpak dia pacik oii..satgi dia buat lupa sapa ni ekk sapa ekk
Quote imransulaiman 10-12-2022 01:39 AM
Yang baju hitam tu macam jauh segak daripada soeb...
Quote 3480 10-12-2022 01:48 AM
Gambaq perbarisan tu mmg sama.
Yg baju hitam nmpk segak lg
Quote annadonna 10-12-2022 02:30 AM
bayan_nuri replied at 9-12-2022 07:56 PM
baik sungguh abang ni nak raikan jemputan siap nak eratkan silaturahim...

padahal soeb hauk tu cuma ...

Win win situation laa. Soeb buat content, abg malbatt pun buat content. Sama sama cari makan laaa ????
Quote jambatannetizen 10-12-2022 02:35 AM
alieyrina replied at 9-12-2022 08:33 PM
Tak payahla jumpak dia pacik oii..satgi dia buat lupa sapa ni ekk sapa ekk

Betui. Toksah lah jumpa artis ini. Keep your standard high.
Quote Katanya 10-12-2022 03:14 AM
Cis rupa2nya yg baju hitam tu Captain aku ingatkan Samirah. Terbaik. Ni content pasal Samirah yang aku suka. Yang lain haukkkkkkkkkksss
Quote alieyrina 10-12-2022 03:09 PM
Tp baju hitam tu sebijik soeb .. versi sado
Quote chandrahusin 10-12-2022 03:13 PM
Dulu2 aku confius
Hugh Jackman dgn Robert Downey
Quote hyie 10-12-2022 03:49 PM
hey nyeh, kalau askoke memang boleh ke simpan misai? ke sebab heshe ada pangkat? #sistanya
Quote KBW2 10-12-2022 03:55 PM

HAHAHAHAHAHHA betul tiap kali aku nampak tabib tu teringat soeb tapi manis lagi si tabib siap berlesung pipit.

Soeb menjurus manusia proto rupanya.
Quote mawardia 10-12-2022 06:59 PM
Takde la handsome, tapi sebab dia bukan soeb, dia auto ok.
Pangkat pun tinggi dlm navy.
Jasa pun banyak untuk negara.
Bertiang lagi berjenis dari soeb.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.206387 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top