CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Serah Duit Sumbangan Kepada Masjid, Anak-Anak Tahfiz Tolong Doakan Untuk Nad Zainal

8-12-2022 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1273| Komen: 2

Didie Alias menyerahkan wang sumbangan hasil kutipan peminatnya dan peminat pelakon Nad Zainal kepada wakil Masjid Al Mustaqim, Taman Putra Ampang.

Kutipan sumbangan sebanyak RM8,568.42 yang dikutip dari acara Vaultfest Singapore, Singapura itu diserahkan kepada masjid dan anak-anak tahfiz.

"Alhamdulillah, syukur dapat serahkan duit sumbangan daripada peminat saya dan Nad Zainal di acara Vaultfest Singapore. Saya serahkan kepada wakil Masjid Al Mustaqim, Taman Putra Ampang dan anak-anak tahfiz untuk bacaan doa selamat buat Nanad (Nad Zainal)," tulisnya.

Foto: Harian Metro

Didie juga mendoakan agar Nad diberikan kesembuhan dan dapat kembali di samping keluarganya.


"Semoga Nanad kuat dan cepat sembuh untuk bersama anak-anak, keluarga dan peminat. Terima kasih Yanz dan Cik Lan (Roslan Shah) yang membantu untuk sama-sama membuat kutipan tempoh hari.

"Hanya Allah yang membalas niat murni kalian. Amin. Sama-sama kita doakan semoga Farah Nadia (nama sebenar Nad Zainal) cepat sembuh ya. Kami rindu kamu," tulisnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 8-12-2022 04:59 PM
Bukan kata tuh tuk byr bul spital sb dah lebih limit insurance?
Quote KirazMevsimi 8-12-2022 05:30 PM
terima kasih mummy didie dan rakan rakan. sembuh dengan baik ye nad

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.201610 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top