|
Didie Alias menyerahkan wang sumbangan hasil kutipan peminatnya dan peminat pelakon Nad Zainal kepada wakil Masjid Al Mustaqim, Taman Putra Ampang.
Kutipan sumbangan sebanyak RM8,568.42 yang dikutip dari acara Vaultfest Singapore, Singapura itu diserahkan kepada masjid dan anak-anak tahfiz.
"Alhamdulillah, syukur dapat serahkan duit sumbangan daripada peminat saya dan Nad Zainal di acara Vaultfest Singapore. Saya serahkan kepada wakil Masjid Al Mustaqim, Taman Putra Ampang dan anak-anak tahfiz untuk bacaan doa selamat buat Nanad (Nad Zainal)," tulisnya.
Foto: Harian Metro
Didie juga mendoakan agar Nad diberikan kesembuhan dan dapat kembali di samping keluarganya.
"Semoga Nanad kuat dan cepat sembuh untuk bersama anak-anak, keluarga dan peminat. Terima kasih Yanz dan Cik Lan (Roslan Shah) yang membantu untuk sama-sama membuat kutipan tempoh hari.
"Hanya Allah yang membalas niat murni kalian. Amin. Sama-sama kita doakan semoga Farah Nadia (nama sebenar Nad Zainal) cepat sembuh ya. Kami rindu kamu," tulisnya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|