Impian seorang pengguna Instagram, @hippo.ysc tercapai walaupun hanya bergurau dengan teman lelakinya bahawa dia inginkan sebuah kereta mewah. Pada Sabtu, wanita tersebut menunjukkan di media sosial satu kejutan besar yang diterimanya iaitu sebuah kereta Porsche berwarna merah jambu berkilauan.
Menurut World of Buzz, wanita itu terkejut melihat lori kontena lutsinar dipenuhi belon merah jambu dan membawa Porsche berwarna pink pastel. “Semuanya bermula dari perbualan dengan teman lelaki saya beberapa bulan lalu, di mana saya bergurau tentang keinginan untuk memilik kereta mewah yang bling bling. “Pada Sabtu lalu, saya keluar berseronok dengan kawan-kawan wanita yang lain.
“Semasa saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba saya tertarik dengan sebuah lori lutsinar yang lalu di sebelah kereta. Tiba-tiba saya tertarik dengan sebuah lori lutsinar yang lalu di sebelah kereta. “Saya tak sangka pula gurauan saya pada bulan lalu itu menjadi realiti, dan saya amat terkejut dengan apa yang berlaku ini. “Rasa macam tak masuk akal kerana saya tak pernah terfikir bahawa semua ini akan berlaku kepada saya sama sekali,” ujarnya. Dia juga menambah bahawa keseluruhan situasi tersebut membuatkan dia terpinga-pinga. -CARI Sumber: mStar
|
Perawankota replied at 8-12-2022 03:49 AM
Kat Malaysia lah bi kejadiannya
pasa replied at 8-12-2022 09:40 AM
kalau dapat porshe Pree dari bofwen mlm kene nyut nyut la pulak bagi pree apam pun tak dpt
shernazz replied at 8-12-2022 07:06 AM
Haha
Pastu dah show off
Laki tu amek balik sebab sewa 3 hari je
green~tea replied at 8-12-2022 09:52 AM
Awal2 kawen penah berseloroh kat husband.. best nya kalo ada kereta mini buat lenjan pegi gym, g ...
ADVERTISEMENT