CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghuni Hotel Masak Ayam Dalam Pembancuh Kopi

7-12-2022 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2597| Komen: 30

Description: LONDON – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander C mendedahkan kepada netizen bahawa dia memasukkan ayam mentah ke dalam mesin pembancuh air kopi di sebuah hotel untuk memasak hidangan makan m ...
LONDON – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander C mendedahkan kepada netizen bahawa dia memasukkan ayam mentah ke dalam mesin pembancuh air kopi di sebuah hotel untuk memasak hidangan makan malam, lapor portal berita Daily Star.


Lelaki berkenaan mendedahkan perbuatannya itu di laman pencari kerja iaitu LinkedIn yang memperincikan resipi dan kaedah-kaedah pembuatannya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Alexander berkongsi gambar yang menunjukkan campuran ayam, sekeping mentega dan beberapa perasa dimasukkan ke dalam mesin pembancuh kopi. Semasa berkongsi imej-imej tersebut, dia menjelaskan tujuannya berbuat demikian.


Foto: Linkedin

Lelaki tersebut memutuskan untuk memasak hidangan itu yang lebih murah daripada restoran dengan menggunakan peralatan terhad di dalam sebuah hotel bagi menjimatkan wang syarikatnya sekali gus menyebabkan dia tidak keluar dari bilik untuk makan malam. 


Dia turut mewajarkan tindakannya yang berjimat cermat dan menulis: “Perkara kecillah yang membuat anda dinaikkan pangkat.”

Bagaimanapun, Emily Murnane yang merupakan seorang penulis dan pengarah komedi, berkongsi tangkap layar Alaxander dan membuat ciapan di Twitter dengan menulis: “LinkedIn benar-benar terbang di bawah radar sebagai platform media sosial yang paling tidak ‘waras’.”

Ciapan Murnane itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 24,000 diulang semula dengan seorang pengulas berkata: “Dipromosikan menjadi orang aneh, itulah yang terjadi.”

Seorang lagi pengulas memberikan pandangannya yang menyokong Alexander dengan menulis bahawa dia  melakukan perbuatan itu untuk mempersendakan orang-orang korporat yang aneh di LinkedIn sekali gus menunjukkan kebijakannya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 7-12-2022 07:49 PM
Kalau nak buat kerja bodoh tak kira apa alasan engkau, diam2 sudahla. Melainkan memang sengaje hook viewers. Perangai attention seeker gini memang penyakit otak abad kini.
Quote Highflyer19 7-12-2022 07:52 PM
Terlebih kretif…
Quote sharlenetexas 7-12-2022 07:59 PM
Geli


Quote kitmal 7-12-2022 08:00 PM
ni dah lama dah viral buat macam ni...
Quote esbok 8-12-2022 10:12 AM
mcm leceh je, kenapa dia tak pakai iron. potong ayam tu nipis sikit, iron.
Quote makton 8-12-2022 10:14 AM
esbok replied at 8-12-2022 10:12 AM
mcm leceh je, kenapa dia tak pakai iron. potong ayam tu nipis sikit, iron.

maybe dia takde aluminium foil utk cover ayam tu kot
Quote esbok 8-12-2022 10:17 AM
makton replied at 8-12-2022 10:14 AM
maybe dia takde aluminium foil utk cover ayam tu kot

coffee maker tu pun dia tak pakai aluminium foil

tak perlu pun, letak terus atas iron. lol
Quote makton 8-12-2022 10:21 AM
esbok replied at 8-12-2022 10:17 AM
coffee maker tu pun dia tak pakai aluminium foil

tak perlu pun, letak terus atas iron. lol

maybe coffee maker tu bancuh kopi (benda utk dimakan/minum) so aku tak rasa cringe sgt.
tp klu letak ayam direct atas iron, hmm tu aku takkan buat la kot
Quote esbok 8-12-2022 10:24 AM
makton replied at 8-12-2022 10:21 AM
maybe coffee maker tu bancuh kopi (benda utk dimakan/minum) so aku tak rasa cringe sgt.
tp klu let ...

kau kene baca the original post and the comments. ada cuci underwear guna coffee maker
Quote makton 8-12-2022 10:37 AM
esbok replied at 8-12-2022 10:24 AM
kau kene baca the original post and the comments. ada cuci underwear guna coffee maker

hahaha gile laaaa! ziziksss membayangkan
Quote rosedemon 8-12-2022 10:44 AM
entahla ni nak dipuji ke nak dikeji ni.
Quote TomyamPuteh 8-12-2022 11:00 AM
Dia tak pernah lg nmpk budak2 asrama kt Malaysia masak meggi dlm baldi
Quote shernazz 8-12-2022 11:05 AM
Ada someone cite kat iols..
Dia keje hotel..
Ada satu hari ni..colleague dia.dtg keje..kena hujan...basah la.sampai undies dia...
Pastu masa tu kebetulan.shift pagi..
Orang tak berapa.ramai lagi.masa tu...
Dia pergi.keringkan spenda dia kat oven
Mamat ni nampak.terus mengamuk.la...zizik nak.bukak.oven.tibe2 ada spenda orang dalam tu..
Terpaksa la orang tu simpan spenda.dalam.locker....ngok.gila
Quote Cassieopeia 8-12-2022 11:32 AM
tak pasal kene ban dgn hotel dia ni.. diam2 sudah
Quote adeqbun 8-12-2022 11:47 AM
nasib baik london...batak jugak ye kokosen ni..
Quote Bedah.Cun 8-12-2022 11:49 AM
Bodonya ngkaw
Quote misc 8-12-2022 11:54 AM
Pengotornya perangai. Sekarang kan dah bersepah mini multicooker why la gigih dok salah guna brg hotel. Asalkan free kaedahnya.
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 11:55 AM
Gara-gara nak save duit company? Dah naik pangkat ke tue?
Quote pasa 8-12-2022 11:57 AM
ini ok lagi ada cheapskate akauntan pompuan makan mlm dari makanan yg dah nak kene buang dr kedai. ummah LCCI akauntan gov paling ramai cheapskate.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057745 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top