Perkahwinan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dan Syifa Melvin pada 28 November 2022 tempoh hari sememangnya menjadi bualan.
Dah sah sebagai suami isteri, barulah Syifa berkongsi gambar bersama. Dalam perkongsiannya di Instagram baru-baru ini Syifa memuat naik gambar pernikahan sambil meninggalkan kapsyen lucu mengingatkan kembali momen sewaktu menunggu Safawi selesai solat sunat setelah bernikah. Menurut Syifa, ayat pertama ditanyakan kepada Safawi selepas bergelar suami isteri adalah mengapa lelaki itu begitu lama mendirikan solat sunat. Adik kepada Syatilla Melvin itu bertanyakan sama ada suaminya itu melakukan solat tarawih ke sehingga membiarkan dia menunggu lama di atas pelamin.
“Korang tanya Syifa, Apa ayat pertama kami selepas Halal .. ayat dia datang dari Syifa ke Pawi.. “you pergi Traweh ke” HAHAHAHAHA sbb dia tinggal Syifa sorang2 punya lama ek atas pelamin masa solat sunat. Siapa perasan?” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT