Pemergian bapa tersayang semenangnya meninggalkan bekas di hati pelakon, Noorkhiriah. Sebagai seorang anak, hilang sudah tempat bermanja dan juga kasih sayang seorang ayah buat selamanya.
Disebabkan itu juga, Khiriah tidak dapat menahan sebak dan menangis sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya baru-baru ini. Menurut Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, rindu paling sakit adalah rindu pada mereka yang telah tiada. Dalam pada itu, Khiriah juga menasihatkan kepada mereka yang masih mempunyai ibu bapa untuk menjaga mereka dengan baik dan penuh kasih sayang.
Dalam perkembangan lain, Khiriah juga melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu. Sumber: Gempak |
ADVERTISEMENT