CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Kahwin Tapi Macam Tak,"- Mas Idayu Jumpa Suami Dua Kali Je Seminggu

7-12-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3030| Komen: 17

Hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu mengadu dia dan suami, Muhammad Sufian Isa jarang dapat menghabiskan masa bersama-sama disebabkan sibuk dengan komitmen kerja.


Mas atau Mad Idayu Mesnun, 50, berkata, sepanjang tempoh itu mereka lebih banyak berkomunikasi melalui telefon untuk bertanya khabar selain berkongsi tentang aktiviti harian masing-masing.

Foto: IG

"Kami memang jarang berjumpa sebab sibuk dengan pelbagai kerja tetapi kalau balik tak dapat jumpa salah seorang, kami pastikan akan berkomunikasi menerusi telefon.

"Seorang dekat Shah Alam, seorang lagi di Rawang... nampak macam suami isteri tetapi macam tak," katanya kepada mStar.


Mas mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Famili Duo yang diadakan di Artisan's Playground by Cookhouse, pada Selasa.



Bagaimanapun kata Mas, sekiranya bertemu dan dapat meluangkan masa bersama, mereka bagaikan pasangan yang baharu sahaja bercinta dan seperti tidak dapat dipisahkan.

"Tapi bila jumpa kami macam pasangan baru bercinta!," katanya.

Dalam pada itu, Mas berkata, dia dan Sufian sangat menantikan kedatangan bulan Ramadan kerana ia masa paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ini kerana kata penyanyi lagu Cintaku 100% itu, kebiasaannya pada bulan puasa dia jarang menerima tawaran yang memerlukan komitmen tinggi dan lebih suka menghabiskan masa di rumah dan melakukan ibadah.



"Kalau untuk tahun depan, saya rasa quality time kami adalah pada bulan Ramadan.

Insya Allah, Ramadan nanti kita nak bersama-sama dengan keluarga... tiadalah nak ambil program-program berat," katanya.

Sementara itu, Sufian, 51, mendedahkan mereka biasanya akan berjumpa maksimum dua kali dalam seminggu kerana isterinya itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan.

Pun begitu, Sufian tidak berasa terpinggir dengan situasi tersebut memandangkan cukup memahami kerjaya Mas sebagai seorang selebriti.



"Dalam seminggu pun kami jumpa sekali dua sahaja... tapi pada kami perasaan rindu itu sentiasa ada.

"Bila sudah berkahwin ini, asalkan saya tahu saya ada isteri dan Mas tahu dia ada suami, jadi masing-masing pandai jaga diri... saya rasa tiada masalah.


"Alhamdulillah setakat ini kami masih bercinta dan harap terus menyayangi sehingga akhir hayat," ujarnya.

Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cattiecute 7-12-2022 04:50 PM
macam cerita budak2 bbnu betui
Quote prince_marhaen 7-12-2022 04:59 PM
...Dalam pada itu, Mas berkata, dia dan Sufian sangat menantikan kedatangan bulan Ramadan kerana ia masa paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga...


Jangan terlajak ehem ehem di siang hari sudah la ye mommy.. ekekekekeke
Quote rosedemon 8-12-2022 11:09 AM
kemaruk laki camni la gayanya
Quote dua_chzy 8-12-2022 11:42 AM
Gitu rupanya muka sheol bila mekap lite2
Quote adeqbun 8-12-2022 12:05 PM
lawan2 la ngan elizebeth tan..jmpa laki secara berkala..
Quote laksmanabentan 8-12-2022 12:16 PM
Alololoooooo.... jauhnyaa Shah Alam dengan Rawang tuh...
hahahahaha....
Quote LadyCarefree 8-12-2022 12:35 PM
eeeewwwww. xbaik kutuk. LOLLLL btw video baju kuning tu awkward giler lakonannya. xcringe ke tukang amek bideo tu?
Quote supernaturalee 8-12-2022 02:35 PM
idk what to say
but do we need to say?....

Quote SherryZass 8-12-2022 02:55 PM
Kenapa, suami ada keluarga lain ke, tinggal berasingan itu
Quote harisbee 8-12-2022 03:01 PM
peliknya..dah napa x dok serumah je....
Quote GreySuede 8-12-2022 03:09 PM
Jauh tu Rawang n Shah Alam. Siann... Naik kenderaan no. 11 agaknya.
Quote TomyamPuteh 8-12-2022 06:01 PM
Errkkkkkkkk.
Quote bedahmenjuyah 8-12-2022 06:08 PM
En jamil yg bini 3 pun balik rumah kak tipah 4 kali seminggu. Hari isnin rabu jumaat ahad. Dah knp korang jumpa seminggu sekali dua je? Kerja sampai tak boleh balik rumah ke?
Quote bedahmenjuyah 8-12-2022 06:10 PM
GreySuede replied at 8-12-2022 03:09 PM
Jauh tu Rawang n Shah Alam. Siann... Naik kenderaan no. 11 agaknya.

Jauh you sampai tak sempat balik rumah. Yg kelakar ayat jumpa salah sorang. Hallo aku baca bahasa Malaysia ke apa ni?
Quote sleepandream 8-12-2022 07:58 PM
bz betul ye mami...
berderet konsert ye mami sampai jadual pack gitu...
Quote genUmi 8-12-2022 08:16 PM
apa2 lah mummy, hang yg pilih nak kawen


rawang - shah alam
memang jauh  kalau jalan kaki
Quote cikgojesss 8-12-2022 08:21 PM
eeee tak seronoknya melayari kehidupan mendatang bersama nenek mesnon ni.. mesti asyik murungg dan rasa hazabedahh sangatt hidup ngan orang pembengis, kaki pukul, pemarah, panas baran gini. serupa juga ngan nenek cyst itu malangnya kehidupan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099565 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top