CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Yamani Masuk Hospital- Pengsan Di Sekolah Sebab Kuat Sangat Kerja, Tak Cukup Rehat

7-12-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1811| Komen: 14

Zaki Yamani terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang pada pagi Rabu selepas tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas peperiksaan di sekolah.

Ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad memberitahu pihak sekolah menghubunginya memaklumkan kejadian tersebut sebelum bertindak membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Foto: IG

"Guru kelas hubungi saya beritahu Zaki pengsan. Saya terus ke sekolah selepas untuk membawa dia ke hospital. Mujurlah rumah kami dekat dengan sekolah.

"Apabila saya tiba di sekolah, keadaan Zaki sangat lemah dan tidak bermaya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimatuzahra memberitahu punca Zaki pengsan disebabkan anaknya itu mengalami demam dan semput mungkin berjangkit daripada orang lain memandangkan ramai berdepan masalah sama.




Kesibukan menjalani latihan persembahan bersempena Konsert Gemilang Datuk Jamal Abdillah yang dijadualkan Jumaat ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan kesihatan penyanyi tersebut.

"Sejak kebelakangan ini Zaki kerja tak henti. Dia juga sibuk dengan latihan sebelum hari konsert.

"Selepas buat ujian saringan Covid-19, keputusannya negatif. Doktor beritahu Zaki demam dan semput. Selain kurang rehat, sekarang juga musim demam," ujarnya.



Anak lelaki kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sepatutnya ditahan di wad bagi pemerhatian lanjut bagaiamanapun ibunya meminta untuk pulang dan berehat di rumah.

Dia dinasihatkan supaya kembali mendapatkan pemeriksaan lanjut jika keadaan masih sama pada sebelah malam.



"Kalau kena tahan susah juga, jadi saya minta untuk rehat di rumah. Dia pun mahu berada di rumah kerana lebih mudah. Jika malam masih teruk demamnya, perlu dibawa ke hospital lagi.

"Sekarang ini dia berehat sahaja di rumah. Esok (Khamis) dia ada latihan lagi. Doakan Zaki kembali sihat," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 7-12-2022 03:57 PM
Kecik2 dah keje kuat…nak cari duit. Baikla berenti je sekolah…kerja kuat2. Cari duit.  Akharap apak, bnyk tanggungan anak kecik2 tu. Kesian kena kerja.
Quote prince_marhaen 7-12-2022 04:58 PM
Terpaling nak jadi artis kan....rasa lah. Tetap kena mention ye konsert dengan nama apak... ekekekekeke..
Hujung-hujung dua beranak jek cari duit makan..
Quote eyansss 7-12-2022 07:06 PM
ko sibuk nak keluarkan anak ko walaupun doc nak tahan untuk monitor…  atas alasan senang nak jaga anak ko berehat…  alih2 ko cakap esok anak ko pegi latihan…  mak apa ko ni…  doc tu bagi keluar atas dasar percayakan ko akan make sure anak ko berehat…  haiyooo…
Quote ekselen 7-12-2022 08:05 PM
Apak ko bkn xde duit nk tanggung ko kan? Dah knp kena keja? Time sekolah tu sekolah je la dik oiii... Sampai masa nanti ko nk keja 24x7 pun org x kisah dah.... Yg maknya pun xreti nk nasihat ke soh belajar dulu... Ntah le, zaman skrg mmg kecik2  mmg wajib kena keja ke? Kalo mak pak mampu nk tanggung... Tak pamham lamsom...
Quote doubleA 7-12-2022 08:19 PM
Keja keras macam nak prepare retirement plan awal, ko nak retire umo 30 ke dik keja la kuat muda lagi kan kesihatan tak penting, pelajaran pun tak penting yg penting duit duit duit
Quote Chah21 8-12-2022 12:19 AM
Kejap2 pengsan ni gi la check.. kwn i dulu kerap deman b pengsan rupanya kanser darah.. sian adui tringat balik
Quote uori 8-12-2022 12:24 AM
dalam banyak2 masa, time jawab exam pengsannya.
pandai pengsan nih pilih masa
Quote woven11 8-12-2022 12:34 AM
Dia ni byk kali pengsan.. kena buat full medical check up ape tak kena
Quote annadonna 8-12-2022 12:38 AM
Budak ni selalu pengsan
Quote rosedemon 8-12-2022 11:09 AM
sian bapak tak jaga. kena keja keras cari duit
Quote arm_band 8-12-2022 06:01 PM
dah berapa kali acik baca cerita ko pengsan ni deknon?
Quote makcun14 8-12-2022 06:13 PM
Bapaknya tau nikah dan crettt dalam sajach. Jaga anak tak reti sampai pengsan anak bujang nak sekolah macam remaja lain pun tak boleh.
Quote refleCtion 8-12-2022 06:33 PM
Ni nak bersekolah ke nak berkonsert...
Xde yg nasihat adik zaki ni ke x payohh la gigih jadi artis...jgn ingat ayah adik superstar, adik akan jd superstar..byk dah contoh disekelilingmu dikkk...tgk abang mu je lah dik, masuk big stage bagai last² sendu di hari natal jahhh...
Quote TomyamPuteh 8-12-2022 10:25 PM
Suara dia tak sedap la. Apak dia muda2 dulu suara dh mampu kasi goose bump

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062379 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top