Tuah Adzmi memberitahu dia enggan terikat hutang dengan pihak bank semata-mata untuk memiliki sebuah kereta baharu sekali gus tidak kisah menggunakan kenderaan terpakai (second hand).
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Tuah dalam Instagram miliknya baru-baru ini, penyanyi berusia 24 tahun itu berkongsi gambar sebuah kereta jenis Satria Neo yang dihiasi riben, sebagai tanda dirinya telah membeli kereta baharu. Tuah atau nama lengkapnya Arumi Nafis Mohd. Adzmi ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, kenderaan tersebut merupakan kereta terpakai yang ditukar (trade in) dengan kereta yang digunakannya sebelum ini iaitu Perodua Myvi.
“Saya tidak beli kereta baharu, cuma ‘trade in’ Myvi saya dengan Satria Neo. Kereta Myvi yang saya gunakan sebelum ini sudah lama dan ada beberapa kerosakan. “Kereta Satria Neo ini pun tidak mahal sangat dan nak jaga pun tak susah,” katanya kepada Kosmo! Online.
|
maxim replied at 7-12-2022 02:04 PM
tq..penting sgt info ni
dolladolla replied at 7-12-2022 07:46 AM
Sbb kau sendu dek cer kau popular atleast tahap usop or tajul paling tak pun afiq shazwan busuk2 Hon ...
dejure replied at 7-12-2022 06:09 PM
Knp tak beli aje kereta baru? Tukar la myvi ke,x50 ke.
ADVERTISEMENT