CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doktor Gigi, Dr Ben Gee Dah Jadi Penyanyi

7-12-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4307| Komen: 26

Doktor gigi sensasi yang mempunyai 4.2 juta pengikut di TikTok iaitu Dr Ben Gee bukan sahaja dikenali sebagai pempengaruh sosial tetapi kini meluaskan lagi portfolionya sebagai penyanyi.


Terbaharu Dr Ben, 29, tampil dengan single sulung berbahasa Inggeris berjudul In Your Face dan menyifatkan kemunculan lagu berkenaan sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Foto: IG

"Seakan mimpi! Itulah yang dapat saya gambarkan... siapa sangka daripada seorang doktor gigi, menjadi influencer dan kini penyanyi pula.

"Saya percaya jika kita berani mencuba dan mengambil risiko, pasti akan nampak hasilnya," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.


In Your Face adalah ciptaannya sendiri bersama Dari dan Shaz dengan olahan daripada komposer terkemuka, Omar K dan juga John Jeeves terbitan, Rocketfuel Entertainment.

Dalam pada itu, Dr Ben memberitahu sejak kecil dia memang meminati bidang nyanyian malah pada usia lapan tahun pernah menyertai koir opera dan membuat persembahan di seluruh Malaysia.



"Ketika di kolej saya pernah menyertai kelas teater dan beraksi dalam beberapa pementasan muzikal, dan sewaktu di universiti saya mula terdedah dengan dunia sosial media dan bermulalah segala-galanya sehingga saya dilamar oleh pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment," katanya.

Bercakap mengenai In Your face, Dr Ben memberitahu idea menghasilkan lagu tersebut datang daripada pengalamannya dibuli sebelum ini.

Katanya, dia mahu 'empower' generasi muda melalui lagu ciptaannya dengan menegaskan kepentingan untuk menerima dan menyayangi diri sendiri selain tidak mempedulikan 'haters' serta menjadi berani.



"Idea di sebalik lagu ini datangnya dari saya sendiri, sejak kecil saya cuba untuk ‘fit in’ tetapi setelah menginjak dewasa kita tidak sepatutnya dibuli dan terus berdiam diri, kita perlu berani dan katakan ‘I’m in your face’ kepada mereka yang pernah menyelar keberadaan dan keunikan kita sebagai manusia.

"Saya mahu ‘empower’ generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan yang pentingnya untuk menerima diri sendiri atau ‘self-acceptance’ dan sayangi diri ataupun ‘self-love’, jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar," katanya.

Proses penghasilan single tersebut kata Dr Ben memakan masa hampir setengah tahun kerana lagu bergenre pop rancak moden dalam nuansa elektro (EDM) itu dibikin bersesuaian dengan jiwanya yang gemarkan lagu-lagu berunsurkan tarian.



"Sejujurnya saya tidak tahu betapa susahnya proses yang diambil untuk menghasilkan sesebuah single atau MV (video muzik), bermula dari proses ‘brainstorming’, penulisan, rakaman, koreografi dan rakaman video, segala-galanya memerlukan usaha dan melibatkan ramai orang.

"Namun saya percaya dengan pihak Rocketfuel kerana berjaya merealisasikan impian saya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, menariknya MV saya nanti penonton akan berpeluang melihat saya berlakon dan juga menari," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 7-12-2022 12:29 PM
Gambar shirtless tu.. Ada juga rupanya lelaki yang ber-areola sebegitu
Quote syitaeyqa 7-12-2022 12:39 PM
dia ni something i rasa hahaha tp fun je vtt dia. my son suka sgt vtt dia yg atas ni dok ulang2 padahal x paham apa
Quote kisahkeaku 7-12-2022 01:00 PM
dia ni klkar jgk kat tt tp ada vibes gaydar.
Quote makadek 7-12-2022 01:03 PM
Kpork kelempuk kee
Quote Buritan 7-12-2022 01:42 PM
syitaeyqa: dia ni something i rasa hahaha ...


Tak payah pi ig dah.. tgk nenen pun dah tau dah
Quote pooh~key 7-12-2022 02:07 PM
syitaeyqa: dia ni something i rasa hahaha ...


Your son is gay sis. Cepat rawat atau hapuskan sister.
Quote prince_marhaen 7-12-2022 02:35 PM
...Saya mahu ‘empower’ generasi muda melalui lagu saya dengan menegaskan yang pentingnya untuk menerima diri sendiri atau ‘self-acceptance’ dan sayangi diri ataupun ‘self-love’, jangan peduli kalau ada ramai ‘haters’ kerana kita perlu berani untuk menjadi diri kita yang sebenar..


Tapi kau pun tak terima diri kau, satu badan sampai muka pun alter plastic surgery...how meh?? Positive message ke tu? yihhhh!

Btw, video tt dia boleh ye rakam2 siap shirtless lagi dalam hospital/dental clinic dia.. macam takde work ethics....staff nurse pun melayankan je.. walhal xinxiang ni ponen bukan suka apom pun..
Quote kakigojes 7-12-2022 02:45 PM
Banyak rupanya doktor gigi yang handsome basah kat KL.. I tertengok cerita hello doktor gigi kelmarin
Quote electricopop 7-12-2022 03:01 PM
Dentist aku lagi hot dari dia ni. Chinese sado, handsome ketak.
Quote September14 7-12-2022 03:02 PM
Klu fans kpop suka la kut laki mcmni
Quote Aneem 7-12-2022 03:38 PM
Gayah detected
Quote sharlenetexas 7-12-2022 04:13 PM
Sinchannya kening.


Quote kakigojes 7-12-2022 04:32 PM
electricopop replied at 7-12-2022 03:01 PM
Dentist aku lagi hot dari dia ni. Chinese sado, handsome ketak.

Spill la siapa Dr sis itu…
Quote MarryPottet 7-12-2022 05:07 PM
Mv dia macam sama je konsep dgn mv tok vida
Quote matseh 7-12-2022 05:28 PM
Dentist pun doktor juga ke
Quote cahaya_almas 7-12-2022 06:36 PM
Nampak pelik i rasa dgn dok ni....
Quote seri_melati 7-12-2022 07:42 PM
Geli la tgk tiktok doc ni, skip2 ????
Quote DeLuna85 7-12-2022 07:46 PM
Zaman skrg ni berleluasa lgbtq ni. Tak cakap doctor ni gay cuma semacam
Quote I.K.A888990 7-12-2022 11:45 PM
maaf la geli benor tgk video dia

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top