Penyanyi, Farisha Iris mendedahkan dirinya tidak kisah menghabiskan usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Kenyataan tersebut disuarakan selepas ada individu mempersoalkan keputusannya untuk meneruskan pengajian.
Kata individu tersebut, Farisha berkemungkinan menjadi anak dara tua (andartu) kerana sibuk dengan pengajiannya manakala wanita lain pula sudah bahagia membina keluarga. Tidak berdiam, penyanyi lagu Hello menegaskan dirinya lebih selesa dilabel sedemikian daripada bersama lelaki yang bermasalah. Foto tangkap layar yang memaparkan perbualan Farisha bersama individu tersebut telah dikongsikan menerusi aplikasi Twitter.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Farisha untuk meneruskan pengajiannya. Sekadar informasi, pada Oktober lalu, Farisha memaklumkan dirinya kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sumber: Media Hiburan |
eyansss replied at 6-12-2022 08:04 PM
pencapaian dan penentuukur kebahagiaan nurtizen : kawen awal, dapat anak awal, dapat anak berderet… ...
merrissa replied at 6-12-2022 09:23 PM
Eleh umur baru 23 relax la… phd pon buat 3 tahun je x smpt kot dia nak jadi andartu… apala netizen ...
sukacactus replied at 6-12-2022 08:36 PM
Kalau dia nak jd andartu pun, yg org tu sibuk kenapa
Kesah pulak dgn life org
merrissa replied at 6-12-2022 09:23 PM
Eleh umur baru 23 relax la… phd pon buat 3 tahun je x smpt kot dia nak jadi andartu… apala netizen ...
gideoncross replied at 7-12-2022 12:19 AM
Tu lh standard netz ummah Mulayu Melesia, knl hri ni, sejam lps tu khwin & esok by 6am dh ada anak ...
merrissa replied at 6-12-2022 09:23 PM
Eleh umur baru 23 relax la… phd pon buat 3 tahun je x smpt kot dia nak jadi andartu… apala netizen ...
ADVERTISEMENT