CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Macam Mana Kerja Tanpa Gaji?' - Fizz Fairuz Pelik Dengan PM

6-12-2022 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6366| Komen: 74

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Jemaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.Perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri ...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan yang Jemaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar semalam.


Anwar menjelaskan, perkara tersebut dipersetujui selepas melihat rasa prihatin Jemaah Menteri terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini.


FB Anwar

“Kami setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan,” kata Anwar pada sidang media semalam.

Tambah Anwar, pemotongan gaji tersebut akan dibuat sehingga ekonomi negara pulih.

Dalam masa sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.


“Ada orang kata Anwar tidak ambil gaji Perdana Menteri tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya lagi.

Pengumuman Anwar itu bagaimanapun menarik perhatian ramai khusunya netizen. Rata-rata memberikan respons positif terhadap keputusan Anwar yang dilihat maklum terhadap kesusahan rakyat pada waktu ini.


IG Fizz

Namun, lain pula reaksi yang diberikan oleh pelakon Datuk Fizz Fairuz. Menerusi hantaran di Instagram, Fizz bertanya bagaimana rasanya menjalani pekerjaan tanpa mengambil gaji.



Terdahulu, Anwar mengumumkan yang dia menolak daripada menerima gaji Perdana Menteri selain enggan menggunakan kereta berjenama mahal untuk urusan rasmi.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 6-12-2022 07:20 PM
Ko xpenah rasa keja ngn gomen dok diam2 ja ulit bini. Shoo..shoo
Quote sapeka 6-12-2022 07:35 PM
Kerja je la macam biasa
Gaji masuk bank
Dia ja tak amik
Apa yang tak boleh nya
Quote intan244 6-12-2022 08:12 PM
tambun tu ada
Quote scarflicious 6-12-2022 08:15 PM
Artis kan? Camtu lah.
Quote beatgirlX 6-12-2022 08:19 PM
sapeka replied at 6-12-2022 07:35 PM
Kerja je la macam biasa
Gaji masuk bank
Dia ja tak amik

Hahaha..ada btulnya stement ko ni
Quote noorhairiahma 6-12-2022 08:19 PM
Amik gaji berpuluh ribu, salah.

Tak amik gaji, pertikaikan pulak.

Pandai2lah PM nak manage hidup dia ada amik gaji ke tak.

Kau diam2 je kuruskan bini.
Quote exclusive_vvip 6-12-2022 08:20 PM
dia sebut x amik gaji je,elaun amik kot..tapi apa la ko nak heran tokpiz oi, duit dia x masuk pun, tetap la makan minum minyak tol segala bil semua tu ditanggung..kita marhaen lain la, duit gaji tu semua la buat belanja makan minum bayar bil segala..tu pun ko xleh pikir ke tokpiz??
Quote asamfish 6-12-2022 08:22 PM
retis who?
Quote EmmaLolito 6-12-2022 08:28 PM
Dia amik allowance je lah. Tulah org jadi Dato ko pun nak Dato . Ko tu Dato ada allowance dak?
Quote ReginaGeorge 6-12-2022 08:32 PM
Baguslah pm tak amik gaji. Boleh derma kat kau kalu kalau simpanan tak cukup. Nasib kau perlu dibela sbb kau artis.
Quote msdummy.2018 6-12-2022 09:56 PM
Tak amik gaji vs potong gaji 20% xsama
Quote emera 6-12-2022 10:09 PM
Gaji je tak ambik. Dia tak cakap tak ambik elaun. Elaun je dah brp oi! Sebelum dia pegang jawatan, ko ingat dia hidup mcm mana? Ko rasa?
Quote kakikuDibibirmu 6-12-2022 10:09 PM
Dah nak kena gam kettewww?
Quote HuoJingJue 6-12-2022 10:15 PM
orang tu tanya jek dah koyak..hehehe
Quote Lily_Elizabeth_ 6-12-2022 10:27 PM
noorhairiahma replied at 6-12-2022 08:19 PM
Amik gaji berpuluh ribu, salah.

Tak amik gaji, pertikaikan pulak.

Haha.

Domot sangat sangat.
Katakan tidak pada badan domot!!!
Bak iklan dynamo siti nordiana.
(Nyahkan bau hapak!!!).
Quote jambatannetizen 6-12-2022 10:29 PM
scarflicious replied at 6-12-2022 08:15 PM
Artis kan? Camtu lah.

I have one question, ada setengah retis ini bebas dari  bayar tax eh?
Quote Carcosa 6-12-2022 11:21 PM
Eh mekak lah ko.
Patut kau tulis gini : "Mcmana ek keje tanpa bini yg tak kurus2, kalau aku tak boleh ooo"
Si Dato Zero ni org BN ke? Sbb nmpk statement mcm menganjing je tu?
Quote one_aiman 6-12-2022 11:24 PM
Nasib la jadi artis tanya soalan mcm tu pun kena kecam sampai ke bini pun terpalit..padahal ramainya netizen tanya soalan sama..takleh disentuh ya penyokong kerajaan baru ni
Quote red_velvet 6-12-2022 11:25 PM
Sama pelik macamana ko boleh dapat dato

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.140296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top