CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enot Patah Kaki, Tempurung Lutut Retak Jatuh Bilik Air

6-12-2022 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2811| Komen: 21

Enot terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya pada petang Isnin.

Enot atau Alliza Abdullah, 44, berkata, pada awalnya dia merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang.


"Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut.

"Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans," kata pelakon itu ketika dihubungi mStar.


mStar


Enot sebelum itu turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.

Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak.

Pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.

"Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah.

"Selepas dirawat saya sendiei minta untuk balik rumah... lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan," katanya.

Sementara itu, Enot turut memaklumkan sudah berpindah ke Melaka sejak beberapa minggu lalu untuk mencari angin baharu dalam perniagaan.

Meskipun tinggal di luar Kuala Lumpur, Enot memberitahu tetap aktif dalam bidang seni dan sedia menerima tawaran berlakon sekiranya ada.

"Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best.

"Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon. Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur... bukan jauh sangat.

"Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru," ujarnya.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-12-2022 11:42 PM
"Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku"
Hoh?! Something wrong somewhere statement ni.
Biasa?!
Quote slyfynx 6-12-2022 11:53 PM
Motip kepala tutup tp baju bukak sampai dada.
And amik gmbr kaki lak tu
Quote Rachel_Green 7-12-2022 07:45 AM
semoga cepat sembuh enot..moga dipermudahkan urusan
Quote sangbara2020 7-12-2022 07:51 AM
get well soon
Quote clarizsa 7-12-2022 01:59 PM
Terbayang pun rasa seram
Quote red_velvet 7-12-2022 02:38 PM
Carcosa replied at 6-12-2022 11:42 PM
"Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku"
Hoh?! Something wrong somewhere statement  ...

Swjenis clumsy mungkin.. aku pun dari dulu sampai sekarang rajin jatuh terpelecok ... Tapak kaki takde bunga aku kata ... Dah habis berhati2 dah.. jatuh jugak g  ... 3 bulan lepas aku jatuh,  kaki kiri terpulas terkehel teruk... Selang dua minggu jatuh lagi sekali, jatuh tangga,  kali ni sampai tisu koyak.. sumpah sakit gilaaa.... ..smapai sekarang n duduk antara 2 sujud tak boleh lipatkaki... Sakit woooo
Quote apech 7-12-2022 03:52 PM
Bukan ke dia ada buat pembedahan usus sblm ni. Asal gemiks lagi?
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 11:19 AM
Syabas sebab pilih hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Tak lah menyusahkan org lain. Btw, kenapa selalu jatuh eh. Clumsy ke memang poor body coordianation?
Quote Olumis 12-12-2022 03:06 PM
Sheols msh gemuk kh? Knp asyik jatuh?
Quote Orix 12-12-2022 03:09 PM
Melaka - KL bukan jauh sgat ?? sheols belum pernah kena jam kt Seremban Pedas Linggi ka hapa ....
Quote paz 12-12-2022 03:34 PM
GWS.

Toilet tu cuba jadikan jangan keseluruhan jadi tempat basah. Lepase tu tiles, Paz perati ramai pakai tiles yang licin-licin dekat toilet. Cari yang tak licin.

Quote misz_sanggul 12-12-2022 03:37 PM
kt tiktok heboh psl kate die bsuami tp peng...
Quote SherryZass 12-12-2022 03:47 PM
misz_sanggul replied at 12-12-2022 08:37 AM
kt tiktok heboh psl kate die bsuami tp peng...

peng.. apa chuolls? peng-curi?
Quote misz_sanggul 12-12-2022 05:08 PM
SherryZass replied at 12-12-2022 03:47 PM
peng.. apa chuolls? peng-curi?

lelaki jadian katenya mula2 ngaku itu suami die..diaorg komen mintakla kt suami..
tp vdeo nye private lps tu


Quote timah03 12-12-2022 06:19 PM
ReginaGeorge replied at 8-12-2022 11:19 AM
Syabas sebab pilih hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Tak lah menyusahkan org lain. Btw, kena ...

Kalau tak silap, ada minta derma juga untuk operation tu...
Kat ig Shira ada...
Semua artis la nak minta derma skrg...tak payah usaha minta kat family, kawan2 dah...
Quote degrandlite 12-12-2022 07:29 PM
Get well soon
Quote asfaz 12-12-2022 08:51 PM
SherryZass replied at 12-12-2022 03:47 PM
peng.. apa chuolls? peng-curi?

Pengkid..dah tua ni pengtua la kot
Quote belacan_gurl 12-12-2022 08:55 PM
Dulu aku pun sejenis msk bilik air mst terjatuh hahahah tapi sbb riso kan tulang patah...so beli lahh selipar jepun utk pakai ke dlm bilik air.. haaaa gittew laa
Quote Ashna21 12-12-2022 09:07 PM
misz_sanggul replied at 12-12-2022 03:37 PM
kt tiktok heboh psl kate die bsuami tp peng...

Mcm muda je kn p tu kn

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.196682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top