CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejari Ikan Menjijikkan, Anak Dua Tahun Hampir Termakan Cacing

5-12-2022 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1276| Komen: 6

LONDON – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun hampir memakan seekor cacing yang ditemui dalam jejari ikan jenama Eye Fish sebelum ibunya  pantas menyedari kehadiran haiwan itu, lapor akhbar Daily Star.


Rona Lovell, 28, mendakwa bahawa dia membeli jejari ikan tersebut di rangkaian pasar raya Asda di North Yorkshire, England.

Dia ketika itu mahu memberi makanan tersebut kepada anaknya, Scarlett apabila menyedari terdapat seekor cacing dalam jejari ikan itu.

Foto: Pen News


Beberapa gambar yang dikongsi  Lovell menunjukkan cacing itu  berada pada hujung pinggan dengan panjangnya menyamai jejari garfu.


“Saya menemui cacing itu selepas memotong jejari ikan dan melihat terdapat ‘objek’ berwarna hijau di dalam makanan itu.

“Saya terus hilang selera makan. Ia amat memualkan,” katanya.

Kata Lovell, dia telah memberitahu perkara itu kepada jenama Birds Eye dan setakat ini, masih belum mendapat maklum balas.

“Saya ingin menasihati anda semua bahawa walaupun anda menyangka  produk itu bagus, lebih baik sekiranya anda memeriksa semula keadaan makanannya.

“Produk-produk itu mungkin mempunyai parasit atau cacing, namun ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk menemuinya pada makanan terutamanya makanan anak anda,” kata Lovell. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 5-12-2022 07:10 PM
Kalau kat Malaysia, siapa sebut jenamanya akan disaman!
Quote nono86 6-12-2022 04:21 AM
Hmm, aku penah jumpa cacing kecik warna putih, bergulung macam ubat nyamuk.. kat bahagian perut ikan sardin jenama famous..nasibnya jaman tu, telefon pintar tak masuk malaysia lagi.. geli
Quote sangbara2020 6-12-2022 07:37 AM
sian cacing tu..dhla dibekukan pastu digoreng...azabnya kematian dia
Quote Simunggu 6-12-2022 08:35 AM
kita makan cacing...dlm badan kita pun ada cacing, bila mati cacing makan kita balik....kitaran tu berpusing pusing juga..
Quote rosedemon 6-12-2022 09:40 AM
makan jelah bukan bawa maut kihkih
Quote KamikuP 6-12-2022 12:36 PM
saman jewww

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035001 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top